Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Proses Deradikalisasi Malaysia Berjaya

KUALA LUMPUR - Di usia 53 tahun sejak penubuhan Malaysia pada 16 Sept...

Najib Dipenjara 12 Tahun,...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan...

Ally Iskandar Perkenal ‘Mariam...

Seperti diketahui ramai, pengacara dan personaliti TV Ally Iskandar selamat bergelar bapa buat kali...

Jurgen Klopp Tak Peduli...

CHICAGO - Jurgen Klopp hanya ketawa ketika Jose Mourinho mendakwa perbelanjaan besar yang...

Muhyiddin Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ia merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua tokoh itu, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada Ahad lepas.

Zulkifli dilihat menyerahkan buku tulisannya Bayan Linnas: Penjelasan Isu-Isu Semasa dan kitab Matla’ Al Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani yang disusun semula dan dikemaskini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kepada Muhyiddin.

Tokoh agama yang dekat di hati masyarakat itu kemudiannya diberikan penghormatan membacakan doa yang antara lain, memohon agar Perdana Menteri dikurniakan kekuatan dan kesejahteraan untuk memimpin negara ke arah lebih cemerlang.

Usai doa, kedua-dua mereka meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan empat mata yang berlangsung selama 45 minit. 

Kategori