Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Demi Anak Sakit Leukemia,...

Semata-mata untuk mencari dana merawat penyakit anaknya yang menghidap Leukemia, seorang lelaki di...

Persatuan Pembalak Kelantan Nafi...

KOTA BHARU - Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) menafikan pihaknya menggondolkan Hutan Simpan Kekal...

Dasar Berkaitan Pembinaan Rumah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyegerakan usaha untuk mewujudkan satu dasar kebangsaan bagi...

India Kesan Pula Varian...

NEW DELHI - Kementerian Kesihatan India semalam memberi amaran kepada negeri Maharashtra, Kerala...

Muhyiddin Bangga Pesakit COVID-19 Bantu Pesakit Lain

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga beliau terhadap seorang bekas pesakit COVID-19 yang tampil memainkan peranan membantu mangsa wabak itu selepas dia disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Hari ini saya menerima kunjungan saudara Rosli Dahlan, seorang peguam yang juga Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA), yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19,” katanya dalam catatan terkini di Facebook beliau.

Muhyiddin berkata Rosli, yang juga Pemegang Amanah Yayasan NAMA, telah menemui beliau untuk menyampaikan sendiri sumbangan berjumlah RM150,000 daripada pihak yayasan.

Beliau berkata, pada awal Mac lalu, UDA menjadi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) paling teruk menerima kesan apabila beberapa ahli pengurusan tertinggi mereka diuji positif COVID-19.

“Mereka dikuarantin di hospital, dengan majoriti ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, iaitu hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit,” katanya.


Perdana menteri berkata, UDA bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk menaik taraf beberapa wad kuarantin di beberapa hospital bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes pada pertengahan April.

“Saya difahamkan ada dalam kalangan bekas pesakit kakitangan UDA yang terlibat membantu projek vaksin serum darah. Sekiranya projek ini berjaya, mereka ini akan menjadi penyelamat.

“Jika seluruh dunia boleh bersatu melawan COVID-19, maka saya berharap rakyat Malaysia juga mampu melakukannya,” kata beliau.

Kategori