Mufti WP Doakan Malaysia Kekal Aman

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri memuat naik doa kepada pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di Instagram, hari ini.

Dalam status itu, beliau berharap agar negara ini sentiasa aman selain pemimpin diberikan taufik dan hidayah.

“Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.

“Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhlah perpaduan kami,” katanya.

Setakat 5 petang hari ini, hantaran berkenaan mendapat lebih 4,000 tanda suka dan lebih 100 komen. – myMetro Online

Loading...