Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Sembunyikan Niat...

KUALA LUMPUR - Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata pemimpin...

1,600 ‘Panda’ Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di...

Najib Beri Keterangan 4...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu...

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas...

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat...

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Di FB PDRM

KUALA LUMPUR – Borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh diperoleh daripada balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya. 

“Sebagai contoh dari Johor nak ke Kedah, perlu rentas melalui Selangor, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM.

“PDRM memudahkan urusan…orang ramai boleh muat turun borang di Facebook PDRM, dicetak dan setelah selesai diisi hanya perlu ke balai polis berdekatan untuk dapatkan tanda tangan ketua balai,” katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di Facebook Kementerian Pertahanan. 

Langkah memuat turun borang itu juga bagi mengelakkan orang ramai daripada bersesak di balai polis bagi mendapatkan kebenaran rentas perjalanan. 

Bagi aspek keselamatan dan mengekang penularan COVID-19, beliau turut menggalakkan majikan dan ketua jabatan membenarkan pekerja di zon merah untuk bekerja dari rumah.


Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PDRM telah menahan 390 individu atas kesalahan ingkar PKPP dan daripada jumlah itu 386 dikompaun manakala empat lagi direman. 

Mengenai Operasi Benteng bagi kawalan sempadan negara, beliau berkata seramai 23 pendatang tanpa izin dan tiga penyeludup ditahan, selain lima bot dan lima kenderaan darat turut dirampas semalam.  

Selain itu, seramai 48,461 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga semalam dan daripada jumlah berkenaan, 9,477 orang sedang menjalani kuarantin wajib dan 381 lagi dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 38,603 individu didiscaj dan dibenarkan pulang. 

Ismail Sabri berkata bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara, dan turut menggesa pengusaha dan orang ramai supaya mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri. – BERNAMA

Kategori