Muar Kini Zon Merah Jangkitan Covid-19

MUAR menjadi daerah terbaharu diisytihar zon merah selepas merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah dalam negara mencecah 27 kawasan setakat semalam.

Berdasarkan info grafik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), hampir keseluruhan kawasan zon merah sedia ada masih merekodkan peningkatan kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Lembah Pantai kini melebihi 500 kes dengan merekodkan 572 kes manakala Hulu Langat (433), Petaling (359), Seremban (261), Kuching (240), Kluang (201), Johor Bahru (184), Klang (167), Gombak (141), Kepong (131) dan Titiwangsa (122).

Diikuti Kinta (93), Kuantan (91), Kota Bharu (90), Tawau (79), Cheras (74), Jerantut (70), Jasin (68), Sepang (67), Hilir Perak (65), Putrajaya (54), Rembau (53), Batu Pahat (51), Kota Samarahan (51), Melaka Tengah (51) dan Hulu Selangor (49).

Selain itu, Sabak Bernam juga menjadi daerah terbaharu zon jingga selepas merekodkan 23 kes semalam berbanding 18 kes kelmarin.

Tambahan itu menjadikan kini terdapat 16 kawasan zon jingga termasuk Seberang Perai Tengah (40), Kota Kinabalu (40), Lahad Datu (39), Kulai (38), Dungun (37), Kuala Muda (35), Kuala Selangor (35), Timur Laut (32) dan Besut (32).

Zon jingga lain ialah Alor Gajah (28), Kota Setar (26), Kuala Langat (25), Seberang Perai Utara (23), Pekan (23) dan Manjung (22).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang bermula hari ini adalah waktu kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19. – myMetro Online

Loading...