Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Demi Selamat Anak Kucing,...

MIAMI - Demi menyelamatkan seekor anak kucing yang menjadi sahabat baharunya, seorang wanita...

Masyarakat Tionghua Di Kemaman...

KEMAMAN - Sebanyak 2,028 masyarakat Tionghua di parlimen Kemaman hari ini menerima bantuan...

Hari Kebangsaan: Ketepikan Perbezaan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan fahaman politik dan ideologi dan...

19 Terima Anugerah Usahawan...

PUTRAJAYA - Seramai 19 usahawan menerima Anugerah Usahawan Gemilang Wilayah Ekonomi Pantai Timur...

Muafakat Nasional: Fokus PRU-15

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyokong dan mendokong Muafakat Nasional yang menjadi harapan baharu kepada rakyat Malaysia. Sokongan dan dokongan ini merupakan cerminan sokongan rakyat berbilang kaum kerana IKATAN mewakili seluruh Bangsa Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Muafakat Nasional adalah terjemahan kepada perpaduan antara kaum yang menjadi teras kepada visi dan misi IKATAN itu sendiri. Visi dan misi IKATAN adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang dilihat kini makin dicabar oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu merobek perpaduan antara kaum.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pimpinan utama kedua-dua parti, PAS dan UMNO untuk tidak terikut-ikut rentak sesetengah pihak yang mahukan bukti Muafakat Nasional melalui penubuhan kerajaan campuran di negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang. Harus diingat bahawa Muafakat Nasional ini merupakan satu piagam atau garis panduan kepada hubungan kerjasama politik bagi menguatkan gabungan politik blok pembangkang ke arah pilihanraya akan datang. Fokus seharusnya ditumpukan kepada garis panduan dan program-program bersama ke arah PRU-15, bukannya pembentukan kerajaan campuran pada hari ini.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mencadangkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang pada hari ini untuk memfokuskan kepada struktur pentadbiran sedia ada demi kelancaran pentadbiran negeri masing-masing. Harus diingat, setiap negeri mempunyai manifesto masing-masing dan rakyat akan menilai prestasi manifesto tersebut pada PRU akan datang. Sehubungan dengan itu, tidak ada keperluan untuk mengikut cadangan sesetengah pihak yang mahu melihat kegagalan Muafakat Nasional.

4. Seluruh rakyat Malaysia yang turun beramai-ramai ke PWTC untuk menyaksikan peristiwa bersejarah episod politik negara menandatangani Piagam Muafakat Nasional, mempunyai harapan besar untuk melihat kebangkitan blok pembangkang. Rakyat kini mempunyai pilihan yang lebih baik, untuk memilih gabungan pembangkang melalui Muafakat Nasional yang menjiwai denyut nadi orang Melayu, Cina, India dan seluruh kaum di Malaysia.

Selamatkan Malaysiaku!


#SelamatkanMalaysiaku #MuafakatNasional #SaveMyMalaysia #PemudaMemimpin #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori