Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan...

Hujan Batu Virus Korona...

MEXICO - Hujan batu menyerupai bentuk virus korona yang melanda negara itu dianggap...

MB Selangor Bincang Penstrukturan...

KLANG - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan...

Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada...

ALOR SETAR – Istiadat Pemasyhuran Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff akan dilangsungkan...

Sukma Dianjur Setiap Negeri Bergilir – MSN

HASRAT… Majlis Sukan Negara (MSN), selaku pemilik Sukan Malaysia (Sukma) merancang untuk anjurkan sukan tersebut secara bergilir-gilir di setiap negeri selepas Sukma 2020 di Johor.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, jika perancangan itu dipersetujui dan diwartakan, penggiliran negeri menganjurkan Sukma akan dibuat daripada dua tahun kepada empat tahun sekali.

Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu sedang dibincangkan dan jika diluluskan kelak, MSN akan turut menjadi penganjur sukan tersebut dengan menggunakan kemudahan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Jadi, di antara empat tahun itu yang tengah tu akan dianjurkan MSN sendiri sebagai pemilik Sukma dan kita akan gunakan kemudahan di Bukit Jalil telah dinaik taraf untuk kegunaan Sukan SEA yang lepas.

“Penggiliran penganjuran Sukma antara MSN dan negeri ini adalah satu kaedah yang kita sendiri beri sokongan penuh dan beri keadaan yang selesa kepada semua pihak,” kata Ahmad kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Majlis Penutupan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Sukan Malaysia di Iskandar Puteri. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Mengikut laman web rasmi MSN, bermula tahun 2010, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan memutuskan tahun ganjil untuk penganjuran Sukma yang diadakan pada setiap tahun akan dianjurkan oleh MSN.


Namun, bermula pada tahun 2014, Sukma dianjurkan secara dwi tahunan dengan dengan Perlis jadi tuan rumah ketika itu, Sarawak (2016), Perak (2018) dan Johor bakal menjadi tuan rumah sukan tersebut pada tahun 2020.

Ahmad Shapawi berkata, buat masa ini, perkara itu dalam perbincangan bersama-sama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan akan dimuktamadkan serta keputusan rasmi akan dicapai pada mesyuarat MSN tidak lama lagi.

“Ini satu langkah penjimatan apabila kita anjur Sukma di venue Bukit Jalil, MSN tidak perlu bina kemudahan baharu dan hanya guna kemudahan sedia ada yang sudah dinaik taraf,” kata Ahmad. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori