Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita ‘Syaitan’ Pukul...

GILA dan kejam... lagi kes melibatkan kes penderaan bayi!Satu rakaman video memperlihatkan seorang...

Shamsul Iskandar Calon Ke-18...

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin melengkapkan...

Najib, Rosmah Hadir Khatam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri...

Serina Redzuawan Nafi Sudah...

SEJAK kebelakangan ini, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan sudah jarang dilihat muncul dalam...

Malaysia Terima Manfaat Inisiatif One Belt One Road

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia akan menerima manfaat dengan pelaksanaan inisiatif One Belt One Road oleh China, kerana lokasi negara ini yang strategik.

Najib berkata selain memberi manfaat dari aspek perhubungan yang holistik, inisiatif berkenaan juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

“Insya-Allah, saya akan berlepas ke China awal pagi esok untuk menghadiri Belt and Road Forum yang dijangka turut dihadiri oleh 28 ketua-ketua negara lain atas jemputan Presiden Xi Jinping.

“Forum ini merupakan agenda penting dalam memastikan Malaysia dapat menikmati hasil inisiatif One Belt One Road yang bakal meningkatkan ekonomi negara melalui kesalinghubungan yang lebih menyeluruh,” katanya dalam catatan blog di laman www.najibrazak.com hari ini.

China mendedahkan inisiatif One Belt One Road pada 2013 sebagai strategi pembangunan yang memberi fokus kepada kesalinghubungan dan kerjasama dalam kalangan negara-negara.

Ia mempunyai dua komponen — Silk Road Economic Belt yang akan diwujudkan sepanjang koridor jalan Euroasia dari pantai Pasifik ke Laut Baltik, dan Maritime Silk Road abad ke-21.

Perdana menteri akan mengadakan lawatan kerja ke China bermula esok hingga 16 Mei atas jemputan pemimpin tertinggi negara itu.

Selain forum berkenaan, Najib juga bakal melihat sendiri kejayaan syarikat Alibaba di Hangzhou yang mencipta lebih 36,000 peluang pekerjaan dan telah mengubah ekosistem ekonomi perusahaan di China untuk menjadi lebih dinamik dan eksklusif.


Kata Najib, pengalaman dan kepakaran Jack Ma, pengasas syarikat Alibaba yang kini merupakan Penasihat Ekonomi Digital Negara, mampu melonjakkan ekonomi Malaysia melalui Zon Perdagangan Bebas Digital yang telah dilancarkan Mac lepas.

“Dalam menongkah arus pembangunan dan perubahan, saya yakin Zon Perdagangan Bebas Digital ini bakal menjadi hab digital ekonomi yang pertama di luar China dan dijangka akan mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Dengan adanya zon perdagangan bebas itu, perdana menteri positif pengusaha kecil dan sederhana di negara ini berpeluang mengakses pasaran luar dengan lebih mudah dan meningkatkan pulangan perniagaan mereka.

“Saya yakin lawatan kali ini akan membawa hasil kepada kedua-dua buah negara, bukan sahaja dari segi hubungan dua hala tetapi juga usahasama dari segi pelaburan, perdagangan dan perniagaan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • China

Kategori