Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Giat Kesan...

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif...

VIDEO: Aksi Kekonon “Hebat”...

HENDAK ketawa tapi, kesian pula rasanya.Seorang lelaki menerima padah apabila melakukan aksi lagak...

Warga Emas Rakam ‘Curi’...

SINGAPURA - Seorang lelaki asing berusia 52 tahun dipenjara selama 12 minggu mulai...

10 Maut Nahas Gerabak...

ECKWERSHEIM - Sesi percubaan kereta api menggunakan laluan berkelajuan tinggi yang baharu dari...

MRT 2 Mula Beroperasi Sepenuhnya 2023

PUTRAJAYA – Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 siap sebanyak 70% dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata MRT 2 yang dijangka siap pada 2022 itu turut membabitkan penjimatan kos sebanyak RM8.82 bilion kepada RM30.53 bilion daripada kos asal pembinaan yang mencecah RM39.35 bilion.

“Tarikh mula operasi bagi fasa pertama MRT 2 iaitu antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Baru kekal sama pada Julai 2021 manakala untuk fasa ke-2 antara Kampung Batu dan Putrajaya Sentral adalah Januari 2023,” katanya.

Guan Eng berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tambahan membabitkan perjanjian rakan pelaksana projek bagi MRT laluan SSP antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn. Bhd., hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Abdul Yazid Kassim dan Pengarah MMC-Gamuda KVMRT, Che Khalib Mohamad Noh.

Menurut Guan Eng, perjanjian tambahan itu bagi membolehkan perubahan ke atas perjanjian rakan pelaksana projek asal yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 2015 dan merangkumi pelantikan MMC-Gamuda sebagai rakan pelaksana projek (PDP) bagi pembinaan MRT 2.

“Ini adalah hasil daripada inisiatif rasionalisasi kos oleh kerajaan bagi projek-projek mega yang berjaya mengurangkan kos pembinaan,” katanya.

Malah, perjanjian itu turut memuktamadkan proses rasionalisasi dan berjaya mengurangkan kos pembinaan MRT2 kepada RM30.53 bilion daripada kos asal RM39.35 bilion, katanya.


“Ini merupakan penjimatan terbesar 22.4% berbanding kos pembinaan asal MRT 2 seperti yang dirundingkan antara kerajaan dan MMC-Gamuda pada Oktober 2018,” katanya.

Antara penyumbang utama kepada penjimatan kos itu adalah penangguhan dan rasionalisasi skop kerja bawah tanah dan bertingkat seperti penundaan pembukaan stesen bawah tanah di Bandar Malaysia, serta penyederhanaan kemasan seni bina stesen.

Ini termasuk perubahan struktur projek dari model rakan pelaksana projek kepada model turnkey yang menghasilkan penjimatan yuran rakan pelaksana projek, dan rasionalisasi peruntukan bayaran balik, kontingensi dan “wang provisional’, katanya.

Guan Eng turut menegaskan, walaupun terdapat perubahan dalam struktur projek, pihak kerajaan memastikan supaya sasaran asal penyertaan Bumiputera sebanyak 45% daripada nilai kontrak RM30.53 bilion iaitu RM13.7 bilion adalah dikekalkan.

Ditanya sama ada stesen di Bandar Malaysia akan diteruskan seperti dalam perancangan asal, beliau berkata ia bergantung kepada aspek volum dan kapasiti.

Menurutnya, walaupun kerangka stesen bagi Bandar Malaysia wujud, namun langkah untuk meneruskan rancangan asal adalah bergantung kepada permintaan di kawasan berkenaan.

Kategori