Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Muit Ahmad: Menyamar Untuk...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles NAMA bekas Staf Sarjan Muit Ahmad, tidaklah begitu asing...

Proton Bangkit Di Indonesia,...

JAKARTA - Pengeluar kereta terkenal Malaysia, Proton membuat penampilan sulung tahun ini di...

Tempah iPhone 6 Dapat...

KUALA TERENGGANU - Tempah iphone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang...

Polis Kenal Pasti Suspek...

MELAKA - Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama berhubung kes pelajar Universiti...

MPK Tak Pohon Permit Bagi Pertunjukan Bunga Api

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu.

“Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember hingga hari ini.

Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.

Alzafny berkata MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.

Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.


Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.

Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.

Mohamad Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori