Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Teresa Kok Kembali ‘Gurau...

TAK serik dengan kecaman diterima tahun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali...

‘Neraka’ Remaja Di Pusat...

DHAKA - Remaja bawah umur semuda 13 tahun yang dijual kepada pusat pelacuran...

Kritikal Ketika Ramadan, Raja...

PELAKON Raja Ilya mengakui dirinya terkena jangkita bakteria pada Ramadan lalu sehingga menyebabkan...

Pastikan Rakyat Terus Nikmati...

PUTRAJAYA — Kerajaan akan memastikan sumber tenaga elektrik di negara ini pada nisbah...

MP PKR Kata Ikan Tasik Chini Tak Boleh Dimakan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh mendakwa ikan di Tasik Chini, Pahang yang merupakan Tapak Rizab Biosfera dalam negara tidak boleh dimakan.

Beliau mendakwa perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Orang Asli di kawasan tersebut bahawa ikan di tasik itu tidak lagi boleh dimakan akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan.

Fuziah turut memetik laporan akhbar Harian Metro bahawa kegiatan penerokaan menyebabkan air tasik itu menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan tasik berkenaan.

“Masalah Tasik Chini sudah berlarutan selama hampir 10 tahun, keadaannya semakin bertambah teruk dan sekarang ini diibaratkan seperti tasik yang mati. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari Orang Asli di sana, ikan-ikan pun sudah tidak boleh dimakan.

“Pencemaran yang berlaku agak kronik tetapi setakat ini Kerajaan Negeri Pahang tidak prihatin dan ambil peduli,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Fuziah seterusnya mendakwa beliau mempunyai bukti bergambar berlaku pembalakan secara haram di Tasik Chini yang mencemarkan alam semulajadi di kawasan tersebut.

“Suka saya ingatkan kerajaan negeri, Tasik Chini juga disenaraikan sebagai Tapak Rizab Biosfera di bawah program Manusia dan Biosfera (MAB) hasil inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama diwartakan di Malaysia pada tahun 2009,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

Kategori