Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Buat Rumah Terbuka...

NIBONG TEBAL - Kepimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah...

Sukan SEA Di Singapura...

SEREMBAN - Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih...

Veil – Hijab Moden...

LAMBAKAN fesyen tudung mahupun hijab pada masa kini dapat dilihat melalui kepelbagaian bentuk dan...

Penemuan Mayat Berbungkus Selimut...

Bukit Mertajam : Kematian seorang lelaki warga asing yang mayatnya ditemui dalam keadaan...

‘Mowgli’ Mungkin Sudah Temui Keluarga Kandung

SEBUAH keluarga mendakwa kanak-kanak perempuan yang ditemui hidup bersama sekumpulan monyet di dalam hutan di Uttar Pradesh dan digelar `Mowgli perempuan’ merupakan anak mereka.

Ramzan Ali Shah, 45, dan isterinya Nazma, 35, mendakwa kanak-kanak itu hilang dari pasar ketika mereka sedang membeli barang pada 28 Mac tahun lepas.

Selepas melihat gambar kanak-kanak terbabit di dalam surat khabar, mereka telah melawat kanak-kanak itu yang kini ditempatkan di rumah kebajikan.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani ujian DNA bagi menentukan sama ada kanak-kanak terbabit mempunyai pertalian darah dengan mereka.

'Mowgli' Mungkin Sudah Temui Keluarga Kandung

“Dia adalah anak saya yang hilang pada tahun lepas. Kami telah melakukan segala-galanya untuk mencarinya. Kami laporkan pada polis dan edarkan gambar tetapi tiada yang membantu.

“Kami sangkakan dia telah meninggal dunia,” kata Ramzan.


Laporan sebelum ini menyebut kanak-kanak itu kemungkinan telah dibuang oleh keluarganya dan dibesarkan oleh monyet di dalam hutan simpan terpencil di Bahraich.

Kanak-kanak itu dipercayai berusia lapan tahun dan tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia biasa, tidak ubah seperti kisah dalam novel klasik The Jungle Book.

Usaha mengesan identitinya kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori