Mourinho Dedah Alasan Gugurkan Lukaku, Pogba

JOSE Mourinho mendakwa dia menggugurkan Romelu Lukaku dan Paul Pogba dalam kesebelasan utama ketika bertemu Arsenal atas alasan teknikal dan taktikal.

United sering melakukan pertukaran dalam skuad utama pada setiap aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan terbaharu Lukaku dan Pogba duduk di bangku simpanan.

Kedua-dua pemain diturunkan di St Mary pada hujung minggu lalu dan bergelut dengan prestasi tidak menentu ketika United terikat 2-2 dengan Southampton.

Selepas pertemuan itu, Mourinho menyifatkan Pogba sebagai ‘virus’ di dalam bilik persalinan.

Mourinho memutuskan untuk menurunkan Jesse Lingard, Marcus Rashford dan Anthony Martial di bahagian serangan.

Ditanya ketika menurunkan Marcus Rojo dalam skuad utama sebagai satu risiko, Mourinho berkata:”Saya tidak fikir ia satu perjudian, saya fikir ia pengorbanan.

“Mereka yakin. Saya tidak akan menurunkan pemain jika terlalu banyak kesangsian. Ia berlaku ketika berdepan Southampton – terlalu banyak kesangsian.

Mengenai keputusan tidak menurunkan Lukaku dan Pogba, Mourinho berkata:”Anda tahu, (ia) keputusan teknikal dan taktikal.”

“Kami bermain dengan Lingard, Rashford dan Martial. Kami pernah melakukannya sebelum ini. Kami tidak menjaringkan gol, kami mahu menjaringkan lebih banyak gol tetapi kami gembira dengan situasi permainan,” katanya.

United sekadar terikat seri 2-2 ketika bertemu Arsenal di Old Trafford.

Lingard bangkit menyelamatkan maruah United apabila mengikat kedudukan seminit kemudian selepas Marcos Rojo memberi gol berharga kepada Arsenal selepas menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-68. – Metro.co.uk/mStar Online

Loading...