Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Sita RM3 Juta...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta...

Bapa Tetak Anak Didakwa...

PETALING JAYA - Seorang bapa yang menetak anak lelakinya berusia lima tahun menggunakan...

Clare Tidak Dibenarkan Masuk...

KUALA LUMPUR - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown turut hadir ke Kompleks...

Kewangan Sarawak Mampu Bertahan

KUCHING: Dana Kekayaan Berdaulat akan dilaksanakan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) diberi mandat...

MoU Mara Corp, Lynas Malaysia Tidak Dilulus Mara

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Mara (Mara) menegaskan perjanjian persefahaman (MoU) antara Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. dibuat tanpa kelulusan Majlis Mara.

Mara menerusi kenyataan media berkata, tindakan Mara Corp menandatangani MoU berkenaan tidak selaras dengan ketetapan Mara iaitu sebarang inisiatif baharu perlu mendapat pertimbangan Majlis terbabit.

“Terkini, Majlis Mara akan menetapkan hala tuju Mara Corp (anak syarikat Mara) dalam masa terdekat.

“Oleh itu, segala penglibatan dengan pihak lain dalam sebarang inisiatif baharu perlu melalui proses mendapatkan kelulusan Majlis Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Semalam, Mara Corp dan Lynas Malaysia menandatangani MoU bagi membangunkan industri hiliran di Malaysia sebagai satu usaha untuk menarik pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan.


MoU tersebut yang ditandatangani antara Pengerusi Mara Corp, Akhramsyah Muammau Ubaidah Sanusi dengan Naib Presiden dan Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad turut merangkumi kerjasama dalam mengkomersialkan sisa bukan-radioaktif dari kilang Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan.

Sisa tersebut akan dijadikan perawat tanah yang disahkan selamat oleh Institut Standard dan Penyelidikan Malaysia (Sirim) dan boleh didapati oleh petani.

Akhramsyah berkata, Lynas menyediakan peluang kepada Malaysia untuk membangunkan industri hiliran kerana ia merupakan satu-satu negara pemproses nadir bumi di luar China.

Kategori