MoU Lynas: Pengerusi Mara Corp Sangkal Dakwaan Tiada Kelulusan

PETALING JAYA – Mara Corporation menegaskan “semua pihak berkepentingan relevan” telah dilibatkan bersama sebelum ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lynas Malaysia, sekali gus menafikan kenyataan bahawa ia telah melakukannya tanpa kelulusan Majlis Mara.

Pengerusi Mara Corporation, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, dalam satu kenyataan, berkata menandatangani MoU kelmarin telah dilakukan “dengan mematuhi semua keperluan tadbir urus baik”.

MoU yang ditandatangani oleh Akhramsyah dan Naib Presiden dan Pengarah Urusan Lynas, Mashal Ahmad, termasuk kerjasama dalam pengkomersilan sisa bukan radioaktif dari kilang Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan.

Akhramsyah berkata: “MoU itu telah dibawa ke lembaga Mara Corporation pada 23 September 2019 dan diluluskan dengan kehadiran wakil lembaga dari Majlis Mara.

“Kelulusan itu tidak bersyarat selain dipersetujui bahawa ia akan dirahsia dan dipercepatkan, dengan mengambil kira sensiviti MoU memandangkan syarikat induk Lynas Malaysia disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).”

Akhramsyah berkata beliau mahu menjelaskan perkara itu berikutan kenyataan Majlis Mara semalam bahawa MoU mengenai pembangunan industri nadir bumi di Malaysia telah ditandatangani tanpa kelulusannya.

Mara berkata tindakan Mara Corp. menandatangani MoU dengan Lynas Malaysia tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang menetapkan sebarang inisiatif baru perlu mendapat “kelulusan” badan itu.

Kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, Mara ingin menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah tanpa kelulusan Majlis Mara.

“Tindakan Mara Corp. menandatangani MoU ini tidak selaras dengan ketetapan Majlis Mara yang mana sebarang inisiatif baru perlu mendapat pertimbangan Majlis Mara.

“Terkini, Majlis Mara akan menetapkan hala tuju Mara Corp. (anak syarikat Mara) dalam masa terdekat.

“Oleh itu, segala penglibatan dengan pihak lain dalam sebarang inisiatif baru perlu melalui proses mendapatkan kelulusan Majlis Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” kata beliau.

Akhramsyah berkata, Pengerusi Mara, Hasnita Hashim juga telah diberikan taklimat mengenai perkara itu “dalam perbincangan peribadi” pada 2 Oktober.

Juga, katanya, pejabat menteri pembangunan luar bandar telah mengikuti perkembangan sehingga pemeteraian MoU itu disempurnakan.

“Pada pendapat saya, terdapat keperluan mendesak untuk entiti seperti Mara Corp. memangkin keupayaan perindustrian, penyelidikan dan teknologi nadir bumi Malaysia yang memanfaatkan kehadiran Lynas Malaysia.

“Kami bertekad untuk meneruskan peluang ini untuk negara ini, bermula dengan MoU ini dan penyertaan kami dalam Persidangan Nadir Antarabangsa ke-16 yang bermula minggu ini di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata Mara Corporation menganggap MoU sebagai sah dan akan “meneruskan untuk menghormatinya sebagai kita melihatnya sebagai strategik kepada pembangunan ekonomi Malaysia.”

Beliau menambah, ia juga memenuhi mandat Mara bagi memberi tumpuan kepada potensi bidang pertumbuhan bagi orang Melayu dan Bumiputera. – FMT

Loading...