Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBRS Sokong Zahid Dilantik...

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menyokong gesaan supaya Pengerusi Barisan Nasional (BN)...

Najib Lakukan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan...

TPM Menghadap Bonda Yang...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Proses Penamaan Calon PRU14...

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di...

Monsta YouTube Network Melangkaui 10 Juta Langganan

KUALA LUMPUR – Monsta YouTube Network telah merekodkan pencapaian yang mengagumkan apabila berjaya menjadi rangkaian YouTube keluarga dan kanak-kanak pertama di Malaysia yang mencecah sejumlah 10 juta langganan. Rangkaian yang ditubuhkan pada tahun 2014 itu kini merupakan antara rangkaian digital terbesar buat kanak-kanak dan seisi keluarga di Asia Tenggara.

Monsta YouTube Network kini merangkumi 12 buah saluran berbeza termasuklah Monsta Channel, Mini Monsta, AnimaSEA, Monsta Keren, Monsta Dhamalastic, Papa Pipi, dan banyak lagi. Setiap saluran menyajikan kandungan yang berlainan kepada para penonton yang berasal dari serata Asia Tenggara, Amerika Syarikat, India dan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Oleh kerana permintaan terhadap rancangan-rancangan atas talian percuma kian meningkat, Monsta YouTube Network telah ditubuhkan khas untuk membekalkan kandungan animasi berkualiti tinggi buat kanak-kanak. Ia juga merupakan rangkaian YouTube pertama di Malaysia untuk menyiarkan episod-episod siri animasi secara sah dan percuma, bermula dengan siri-siri Monsta sendiri iaitu BoBoiBoy dan Apa Kata Yaya.

Monsta juga telah gigih berunding dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara serantau untuk menyiarkan rancangan mereka di atas talian. Rundingan yang mengambil masa bertahun-tahun itu nyata membuahkan hasil apabila Monsta berjaya meyakinkan syarikat-syarikat itu untuk menayangkan rancangan-rancangan mereka secara sah dan percuma di Monsta YouTube Network. Ini merupakan salah satu usaha Monsta untuk memudahkan orang ramai menonton siri kegemaran mereka secara atas talian, selain memerangi kegiatan cetak rompak.

Kini, Monsta YouTube Network bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada siri BoBoiBoy yang disiarkan di 70 buah negara, tetapi juga kepada francais yang paling terkenal di dunia, Pokémon. Usaha Monsta tidak terhenti di situ, dan mereka terus memperluaskan pilihan rancangan di Monsta YouTube Network dengan rancangan-rancangan seperti siri animasi mesra keluarga Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, siri animasi Beyblade Burst, Kamen Rider Zi-O, Zoids Wild, The Oddbods Show dan banyak lagi.


Setiap bulan, lebih 30 juta pengguna mengunjungi Monsta YouTube Network untuk menonton siri-siri kanak-kanak yang berkualiti secara digital, dengan jumlah tontonan terkumpul sebanyak 5 bilion. Bilangan langganan juga terus meningkat pada kadar setengah juta setiap bulan, dan Monsta menjangka jumlah itu bukan sahaja akan berterusan, malah berlipat kali ganda dalam tempoh 12 bulan yang akan datang.

Dengan pertambahan pelanggan yang memberangsangkan, Monsta YouTube Network kini lebih komited untuk menyajikan kandungan yang berkualiti tinggi khas buat tontonan keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia. Monsta juga menjanjikan lebih banyak rancangan menarik di masa akan datang termasuk Mechamato, siri animasi yang ditunggu-tunggu yang mengisahkan pengembaraan hebat bapa BoBoiBoy.

Kategori