Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tol: MCA Dakwa PH...

KUALA LUMPUR – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lelaki Mati Terjatuh Dari...

KUCHING - Seorang lelaki berumur 22 tahun ditemui mati, dipercayai selepas terjatuh dari...

PIC Petronas Cipta Rekod...

KUALA LUMPUR – Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), pelaburan hiliran terbesar Petronas mencipta sejarah...

Kerajaan Sarawak Isytihar ‘Perang’...

KUCHING - Selepas 'perang' terhadap kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil, kerajaan negeri Sarawak...

Monsta Sasar RM5 Juta Jualan Komik Bulanan Boboiboy

KUALA LUMPUR – Syarikat pencipta animasi Monsta menyasarkan nilai jualan siri komik bulanan terbaharunya ‘Boboiboy Galaxy Musim 2’ berjumlah RM5 juta tahun ini dengan anggaran cetakan 100,000 naskah sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Abdul Razak berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu kerana komik animasi itu mempunyai peminatnya tersendiri yang masih mahu melihat kandungan komik dalam bentuk fizikal.

“Sebelum ini, kami telah hasilkan komik kompilasi Boboiboy musim pertama yang dikeluarkan tiga bulan sekali dengan cetakan 100,000 naskah setahun dan kami merasakan perlu untuk keluarkan ia setiap bulan kerana permintaan yang tinggi daripada peminat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan komik terbaharu BoboiBoy itu di sini, hari ini.

Komik bulanan ini turut dipasarkan di negara Asia Tenggara termasuklah di Indonesia, India dan Sri Lanka dalam bentuk fizikal dan digital dalam dwi bahasa bagi memenuhi sambutan yang menggalakkan daripada peminat antarabangsa.

Sebagai persiapan menghadapi permintaan tinggi daripada peminat, Komik BoBoiboy ini akan dipasarkan di pelbagai rangkaian kedai serbaneka, kedai buku dan platform dalam talian bermula 16 Mac ini dengan harga RM5.90 senaskah di semenanjung Malaysia manakala RM6.90 di Sabah dan Sarawak.


Beliau berkata komik itu akan mengikuti pengembaraan BoboiBoy selepas kemuncak finale filem BoboiBoy Movie 2, yang berjaya memecah pelbagai rekod filem tempatan. 

“Siri komik ini akan membawa para pembaca mengembara bersama BoBoiboy dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa elemental baharu serta berhadapan dengan musuh baharu yang menggerunkan dan setiap isu akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh berwarna,” katanya.

Kategori