Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KKLW Giat Baik Pulih...

KOTA BHARU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang giat membaik...

Roboh Rumah Sendiri Elak...

BAITULMAQDIS - Seorang penduduk Palestin bertindak merobohkan sendiri rumahnya selepas menerima arahan pemusnahan...

Soniia, Soon Huat-Shevon Lai...

GOLD COAST – Skuad badminton negara beraksi cemerlang apabila empat kategori menyaksikan wakil...

Penyandang Kerusi Parlimen Umum...

SIBU - Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dari Parti...

Mongolia Gantung Operasi Restoran KFC

ULAANBAATAR – Kerajaan Mongolia telah menggantung operasi kesemua restoran makanan segera KFC setelah pelanggannya didakwa mengalami keracunan makanan.

Setakat ini, sejumlah 42 pelanggannya dilaporkan terpaksa menerima rawatan, manakala lebih 100 pelanggan menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan selepas melanggani sebuah restoran KFC pada minggu lepas.

Menurut Agensi Pemeriksaan Profesional Metropolitan, pemeriksaan awal menujukkan perkara ini terjadi akibat pembiakan bakteria pada bekalan air restoran itu.

Tambah jurucakap agensi berkenaan, sejumlah 247 orang telah melaporkan tanda-tanda keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah.

Portal berita Reuters melaporkan, seorang wakil restoran itu melalui satu emel berkata pihak KFC menyesali insiden yang berlaku dan meminta maaf kepada pelanggannya.


Wakil itu turut berkata KFC akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“KFC di Mongolia akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaannya dalam menjalankan penyiasatan untuk menentukan punca sebenar kejadian tersebut,” ujarnya. – Agensi

Kategori