Mohd. Bakke Jadi Pengerusi Felda Baharu

KUALA LUMPUR- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor yang meletakkan jawatan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan Bakke akan berkuatkuasa 1 Julai ini bagi tempoh dua tahun.

“Tan Sri Mohd Bakke merupakan seorang tokoh korporat yang berintegriti dan berwibawa.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat termasuk industri perladangan.

“Saya yakin beliau mempunyai kepimpinan untuk meneruskan usaha mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Felda menerusi satu kenyataan media mengumumkan perletakan jawatan Megat Zaharuddin berkuatkuasa hujung bulan ini.

Loading...