Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mak Nyah Ugut Sebar...

TINDAKAN seorang lelaki berusia 24 tahun melepaskan nafsu dengan melakukan hubungan seks bersama...

El Nino: Pengusaha Jagung...

TANAH MERAH - Tujuh puluh pengusaha jagung di Projek Tanaman Jagung Manis Berkelompok...

UMNO, MCA, MIC Mula...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi...

Ugut Ada Bom, Buruh...

BATU GAJAH - Seorang buruh dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di...

Al-jufferi, Pandelela Olahragawan, Wati Negara

PUTRAJAYA – Pesilat Mohd Al-Jufferi Jamari dan ratu terjun Pandelela Rinong Pamg masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2015 di sini, malam tadi.

Mohd Al-Jufferi, atlet kelahiran Pahang, melakar sejarah sebagai pesilat pertama menerima anugerah itu selepas berjaya meraih pingat emas Kejuaraan Dunia ke-16, Kejuaraan Seni Mempertahankan Diri Dunia di Thailand dan Kejuaraan Terbuka Belgium buat kali keenam dalam Kelas Putra E (65-70kg).

Bagi Pandelela, ini adalah anugerah ketiga buatnya selepas 2011 dan 2013 dengan kemenangan kali ini hasil kejayaan memenangi gangsa pada Siri Terjun Dunia di Kanada dan Kejohanan Akuatik Dunia ke-16 di Kazan, Rusia dalam acara 10 meter platform wanita, sekali gus mendapat tiket ke Sukan Olimpik Rio.

Anugerah Sukan Negara 2015 disampaikan kepada Olahragawan Silat, Mohd Al Jufferi Jamari dan Olahragawati Kebangsaan, Pandelela Rinong

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Mohd Al-Jufferi dan Pandelela.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mohd Jufferi, 24, yang meraih emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura mengatasi lima muka baharu yang turut dicalonkan bagi anugerah itu iaitu Ooi Tze Liang (terjun), Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling), Thor Chuan Leong (snuker dan biliard), Loh Jack Chang (wushu) dan Mohd Harrif Saleh (berbasikal).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan Negara 2015 kepada bekas pelari pecut kebangsaan, Tan Sri Dr. Jegathesan Manikavasagam. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pandelela pula mengetepikan lima calon lain iaitu Nur Izzati Yaakob (bola keranjang), Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah), Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat), Nur Syazrin Muhamad Latif (pelayaran) dan Chan Lu Yi (wushu).

Sementara itu, Presiden Persatuan Kriket Melayu dan bekas Presiden Persatuan Lawn Bowls Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Persatuan Olahraga Amatur Asia, Tan Sri M. Jegathesan dinobatkan sebagai Tokoh Sukan di atas jasa mereka dalam pembangunan sukan negara.

Mereka masing-masing menerima piala iringan dan sijil daripada Najib.

Pelari pecut paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar bagi acara 100m (T36) dan Sukan Para ASEAN (APG) Singapura dalam acara 100m dan 200m (T36).

Pelari berusia 29 tahun itu yang kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36, sudah menempah tiket ke Sukan Paralimpik 2016 di Brazil, September ini.

Atlet Paralimpik wanita, Felicia Mikat, 17, yang mencipta kejutan memenangi tiga emas pada APG Singapura, pula dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Beliau memenangi emas dalam acara 100m, 200m dan 400m (T13) di Singapura pada Disember lepas.

Pasukan memanah compound lelaki dibarisi Juwaidi Marzuki, Zulfadhli Ruslan, Zaki Mazhan dan Lee Kin Lip yang memangi emas Sukan SEA bagi acara berpasukan compound dipilih pemenang Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan.


Pasukan memanah compound wanita yang dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong, Nur Rizah Ishak dan Nurhayati Al-Madihah Hashim yang turut membawa pulang emas Sukan SEA 2015 bagi acara berpasukan pula menerima Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH:
————————————————

1. Olahragawan Kebangsaan – Mohd Al-Jufferi Jamari (silat)

2. Olahragawati Kebangsaan – Pandelela Rinong Pamg (terjun)

3. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Pasukan Memanah Lelaki (Compound) Kebangsaan – Juwaidi Marzuki, Zulfadhli Ruslan, Zaki Mazhan, Lee Kin Lip

4. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pasukan Memanah Wanita (Compound) Kebangsaan – Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong, Nur Rizah Ishak, Nurhayati Al-Madihah Hashim.

5. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (Olahraga)

6. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Felicia Mikat (Olahraga)

7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan – Nasri Nasir (Silat)

8. Jurulatih Wanita Kebangsaan – Norsham Yoon (Olahraga – Para)

9. Anugerah Kepimpinan Sukan – Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (Pelayaran) dan Datuk Yeoh Choo Hock (Bola Keranjang)

10. Tokoh Sukan: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri M. Jegathesan – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori