“Mohamed Salah Setanding Lionel Messi?”

KECEMERLANGAN yang dipamerkan Mohamed Salah menjadi bualan ramai bahawa pemain ini menjadi mampu standing dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.

Salah terus mencuri tumpuan ramai apabila beliau berjaya membawa pasukan Liverpool menumbangkan Watford 5-0, di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Sebanyak 36 gol pada musim pertama ini telah berjaya disumbangkan, diikuti dengan Harry Kane 35 dan Lionel Messi 36.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, Bintang Mesir itu sedang berada dalam landasan terbaik dan nafas baru arena bola sepak yang bakal setanding Messi selepas dia menjaringkan empat gol dalam perlawanan tersebut.

“Keadaan (cuaca dan padang) adalah sukar. Jelas, ia licin dan semua orang bergelut tetapi tidak bagi Salah. Dia benar-benar istimewa. Saya fikir Salah dalam perjalanan menjadi pemain terbaik dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Klopp yakin pemain yang berusia 25 tahun itu mempunyai masa depan yang cerah untuk mengatasi kejayaan dilakar Messi dan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dengan kedua-dua pemain berkenaan berada di usia 30-an.

Salah terus menjadi tumpuan kerana muncul sebagai seorang pemain beragama Islam yang diminati ramai oleh orang Islam dan juga bukan Islam di Britain.

Lapor Astro Awani, pengurus Watford, Javi Gracia turut mengakui keupayaan Salah walaupun pasukannya terpaksa menelan pahit kekalahan menentang The Reds.

“Adalah sukar bagi kami untuk mengekang pemain seperti Salah, apatah lagi pasukan seperti Liverpool. Kadang-kadang anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

“Salah dan Messi adalah pemain yang luar biasa memandangkan mereka mampu menjaringkan gol. Kedua-duanya serupa, mereka memiliki kualiti tinggi, mereka boleh melakukannya dalam tempoh sesaat,” ujarnya.

Messi yang juga sensasi Barcelona turut menunjukkan pemain terbaik dunia ini masih lagi berbisa  apabila menjaringkan gol ke-100 dalam kancah Liga Juara-Juara ketika menewaskan Chelsea 3-0, Khamis lalu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...