Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LRT Laluan Kelana Jaya...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd melaporkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)...

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datin Paduka Rahmah Osman, 76, meninggal...

Mohd Sufwan Dinobat Juara...

SHAH ALAM - Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19 atau Niezal dinobatkan juara program...

Azmin, Zuraida Hadir Mesyuarat...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan...

Mohamed Azmin Letak Jawatan Presiden FAS

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semakin parah apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS yang disandangnya sejak Disember 2014.

Dalam satu kenyataan bersama-sama bekas pengurus skuad Liga Super Selangor Amirudin Shari, beliau mendakwa bahawa exco FAS sedia ada masih mengekalkan sikap dan budaya lama iaitu ‘politik berlebih-lebihan, melakukan kerja dengan cara lama dan amat bergantung kepada mentaliti subsidi.

“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang (penswastaan sepenuhnya Liga Malaysia) pada 2018, “ katanya.

“Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat negeri Selangor,” jelas Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada kemajuan sukan bola sepak di negeri berkenaan melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak kerana sukan itu dapat memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor.

“Kami memberi jaminan kepada penyokong bolasepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bola sepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti,” kata Mohamed Azmin.


Gabungan Kelab Penyokong Selangor diketuai oleh Presidennya Mohd Faizal Wahid pada Sabtu lepas menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah antara lainnya memohon perkenan baginda untuk campur tangan mengatasi kemelut yang melanda pengurusan FAS.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah melalui laman Instagram baginda baru-baru ini menyarankan supaya FAS menjalani rombakan besar membabitkan struktur keseluruhan organisasi dan perlembagaan persatuan bagi memastikan ia relevan dengan perkembangan semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori