Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Apa Yang Perlu Anda...

KUALA LUMPUR - Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung selama 27 hari...

Proton Ambil Berat Isu...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton...

Peserta Pertama Pertandingan Ratu...

LONDON - Seorang peserta pertandingan ratu cantik di England bakal menjadi yang pertama...

Wajah Melecur, Badan Ditumbuhi...

IBARAT jatuh ditimpa tangga, demikian yang berlaku kepada seorang wanita berusia 35 tahun apabila...

Moga JIBAM Dapat Sambutan Sehebat Tombiruo

LEGENDA dunia kartunis tanah air, Ujang sangat berharap filem JIBAM yang bakal ditayangkan di pawagam mendapat sambutan hebat seperti filem Tombiruo.

Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon malah berharap filem yang diadaptasi daripada novel JIBAM karya lama beliau itu mampu mencatat kutipan melebihi RM2 juta hanya dalam tempoh dua hari seperti Tombiruo.

Den bohaghap bona ujung taun ni kalau JIBAM dapek mongikut jojak langkah Tombiruo (Aku berharap benar hujung tahun ini kalau JIBAM dapat mengikut jejak langkah Tombiruo),” katanya sambil menyeru sokongan masyarakat di laman Facebook beliau.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.


Naskhah tentang kisah kanak-kanak lembam Ashraf atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaan termasuk keupayaannya untuk menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya.

Malah sepanjang proses penggambaran, Ujang yang pernah popular menerusi karya Ujang dalam majalah satira bulanan Gila-Gila, sanggup datang ke lokasi untuk berkongsi idea yang sesuai mengenai pembikinan filem itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori