Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kontinjen Universiade Taiwan Bakal...

PUTRAJAYA - Kontinjen negara ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Taiwan pada 19-30...

Pharmaniaga Yakin Dapat Kontrak...

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd. yakin mampu mendapatkan kontrak daripada Kementerian Kesihatan menerusi...

PN Jadi Pembangkang Berwibawa,...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) mengulangi pendiriannya untuk berperanan sebagai pembangkang berwibawa...

Aliff Syukri Salahkan Netizen...

SEMALAM kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan dimuat naik oleh pengasas terkenal, Datuk Seri...

MOF Digesa Timbang Semula Gugur 33 Pembekal Perabot Bumiputera

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon Kementerian Kewangan (MOF) menimbang semula keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat (KPB) baru-baru ini.

MTEM berkata, tindakan itu dilihat tidak adil kepada syarikat terbabit yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA).

Katanya, pengguguran itu diketahui melalui kemas kini senarai syarikat panel KPB bagi bekalan dan penghantaran perabot pelbagai jenis kepada semua agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia.

“Sebanyak 33 syarikat atau 38% daripada 87 syarikat tersenarai di bawah pembekalan perabot bagi agensi kerajaan digugurkan daripada senarai tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2019.

“Pengguguran ini dibuat ekoran kegagalan syarikat KPB memperoleh Sijil Perkhidmatan Produk (PCS) dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam tempoh yang ditetapkan.


“Pengguguran oleh pihak perolehan MOF ini langsung tidak mengambil kira alasan, status pengujian serta pihak yang bersalah dalam konteks ini, tetapi mengambil jalan mudah dengan terus menggugurkan 33 syarikat ini hanya kerana tidak memperoleh PCS sebelum 28 Jun 2019.”

MTEM menyifatkan pengguguran itu zalim kerana tempoh pengujian serta jangka masa perolehan PCS di luar kawalan syarikat, sedangkan syarikat terbabit sudah mematuhi semua proses dan dalam tempoh ditetapkan FRIM.

Katanya, semua syarikat yang digugurkan ini mempunyai kilang pembuatan perabot yang beroperasi lebih 20 tahun dengan pengalaman luas, pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh, namun gagal mendapat PCS sebelum tarikh ditetapkan.

Kategori