Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedaulatan Makanan Dasar Strategik...

MELAKA - Kedaulatan makanan, merujuk kepada keupayaan negara menghasilkan makanan sendiri dan kebergantungan...

Sultan Nazrin Mahu Sidang...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan hasrat baginda agar...

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam...

KUALA LUMPUR – Sebuah himpunan yang akan menggabungkan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

Kembar Seiras Kongsi Teman...

PASANGAN kembar seiras dari Perth, Australia yang berkongsi teman lelaki mengidam untuk mengandung...

Model Tukar Gaya Hidup, Kerana Mahu Jadi Biarawati

AKTRES dan model Sofia Hayat yang berjaya menembusi Bollywood, kini telah membuang implan payu daranya dan bermeditasi lima jam sehari dalam usaha mencapai matlamat sebagai biarawati.

Pelakon Footballers’ Wives: Extra Time dan Waterloo Road yang berusia 41 tahun itu, turut membuang semua pakaian seksinya dan tidak lagi mengenakan solekan.

Walaupun dia dibesarkan sebagai seorang Islam, namun Sofia memeluk Catholicism pada 2006 dan mempelajari Hinduism pada 2012.

Kini dia tidak menganut mana-mana agama sebaliknya dia percayai kepada kesatuan rohani.

Menceritakan mengenai kehidupan baru yang dipilihnya itu, Sofia menyifatkan ia sebagai `panggilan sejati’ selepas puas menjalani kehidupan sebagai aktres dengan berparti, menghadiri acara karpet merah dan dating dengan lelaki kacak yang berprofil tinggi.

“Kehidupan dulu memang menarik tetapi saya lebih suka yang ini (biarawati). Saya mahu membuang semua kehidupan negatif lalu dan melihat dunia sebenar yang mendedahkan kehidupan sebenar,’’ katanya.

Sofia dibesarkan sebagai seorang Islam di South London dengan ibu bapa yang tegas serta dua abang.


“Ketika saya remaja, saya terdesak untuk melepaskan diri daripada peraturan dan larangan dalam agama. Saya mahu menjadi seksi, memakai pakaian cantik dan menunjukkan rambut panjang serta badan,’’ katanya.

Sofia mencerburi bidang modelling dan mendapat pekerjaan sebagai penyampai TV pada 2000 namun hubungannya dengan ibu bapanya menjadi tegang. Mereka sudah tidak bertegur sapa dengan Sofia.

Ketika berusia 19 tahun dia pernah berparti dengan Leonardo DiCaprio. Dia kemudiannya menghabiskan masa selama berbulan-bulan dalam setahun di Mumbai dan kariernya mula berkembang.

Pada 2012 dia dipilih sebagai selebriti Big Boss, iaitu versi India, yang sama dengan Celebrity Big Brother di Britain. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori