Model Kembali Selepas Muka `Hancur’ Diserang Anjing

SEORANG model Australia yang kelihatan seperti `The Joker’ iaitu watak dalam filem Batman selepas diserang seekor anjing hingga tercetus perasaan mahu bunuh diri, kini kembali semula ke pentas peragaan.

Suzel Mackintosh, dari Perth, mengalami kecederaan parah di muka akibat diserang oleh anjing tersebut semasa awal tahun lalu.

Ketika itu model yang berusia 23 tahun itu sedang membuka but kereta apabila anjing berkenaan tiba-tiba menyerangnya hingga mukanya terkoyak.

“Saya dapat rasakan hidung saya ‘terlerai’,” kata Suzel yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selama seminggu.

Ketika itu dia sudah patah hati dan menganggap kerjayanya sebagai model sudah berakhir.

Namun selepas melakukan pembedahan plastik, dia kembali ke London untuk meneruskan kerjaya sebagai model. Bagaimanapun Suzel masih sukar menggerakkan bibir atas disebabkan kerosakan pada otot bibirnya itu.

Menceritakan lanjut, katanya pada hari kejadian dia dan rakan-rakannya bermain dengan anjing itu dan meletakkannya dalam kereta pada waktu malam.

“Saya hanya mengambil sesuatu dari kereta itu apabila ia tiba-tiba melompat ke muka saya. Saya tidak melakukan apa-apa untuk mengacaunya,’’ katanya.

Sejak itu dia menjadi mangsa buli siber tapi Suzel enggan mempedulikan kata-kata berkenaan.

Sehingga kini Suzel tidak pernah menerima sebarang permohonan maaf daripada pemilik anjing itu dan ia disifatkan oleh Suzel sebagai `lebih menyakitkan daripada luka yang dialaminya’. – MYNEWSHUB.CC

Loading...