Misteri Plak Peringati Saddam Di Utara London

SEBUAH plak tembaga memperingati diktator Iraq, Presiden Saddam Hussein muncul secara tiba-tiba di sebuah bangku kayu di sebuah taman di utara London.

Kemunculan plak itu disedari penghuni bandar Wanstead baru-baru ini, yang berang dengan tanda memperingati diktator itu.

Pelakunya meletakkan nama dan tarikh lahir dan meninggal dunia yang tepat – 1937 dan 2006- dan menggunakan skru khas yang memerlukan peralatan khusus untuk menanggalkannya.

Tidak diketahui siapa yang meletakkannya dan belum ada sesiapa mengakui melakukannya.

Penduduk tempatan rata-rata marah dengan kemunculan plak mengingati diktator kejam itu, yang menjadi sasaran operasi tentera yang turut disertai tentera Britain pada awal 1990-an dan pada 2003.

Bagaimanapun, ada penduduk yang menganggap hal itu tidak perlu diperbesarkan.

Katanya kepada akhbar Independent, kemarahan orang ramai memang dikehendaki oleh pelakunya.

“Sepatutnya plak itu ditanggalkan dan dilupakan sahaja.” – Mynewshub.tv