Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Takutkan Pengganas, Ribuan Askar...

ROM – Seluruh Itali kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila kerajaan negara itu...

Minyak Masak Peket Cukup...

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi...

Polis Uzbek Angkat Sumpah...

POLIS di sebuah daerah dekat ibu negara Uzbekistan membuat pembaharuan mengejutkan apabila mewajibkan...

Kejadian Kebakaran Di Penginapan...

PUTRAJAYA - Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, satu kebakaran telah berlaku di...

Misteri Beg Berisi Mayat Dalam Kereta Terbakar

ALOR GAJAH – Satu mayat yang disumbat dalam sebuah beg besar ditemui rentung dalam kereta yang terbakar di Kawasan Perindustrian Ringan Pulau Sebang, di sini pagi ini.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, beg itu dijumpai sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas memadamkan kebakaran kereta Honda Civic sebelum menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata anggota Balai Polis Pulau Sebang menerima panggilan daripada bomba mengenai beg besar yang dipercayai mengandungi mayat, ditemukan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Sepasukan pegawai dan anggota polis membuka beg berkenaan menemui mayat yang sudah rentung.

Siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu seorang lelaki sebelum dikatakan rosak di Kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini kelmarin.

“Pemilik bengkel dan pekerjanya mengambil kereta itu dengan menggunakan trak tunda pada jam 4 petang kelmarin sebelum diletakkan di hadapan bengkelnya di kawasan perindustrian itu.


“Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak membuat bayaran perkhidmatan trak tunda dan menyebabkan pemilik bengkel tidak membuat kerja pembaikan kerosakan kereta itu,” katanya di sini hari ini.

Pekerja bengkel terlihat beg besar di tempat duduk belakang tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

Pemilik bengkel juga tidak membuat perjanjian bertulis dengan lelaki terbabit untuk membuat kerja pembaikan kereta.

Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan polis berusaha mengesan pemandu kereta terbabit. – BH Online

Kategori