Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut...

KEMAMAN - "Ketika di pangkuan saya, dia sudah terlalu lemah dan pernafasan tercungap-cungap,"...

Status Keselamatan Gunung Agung...

KUALA LUMPUR – Status keselamatan Gunung Agung di Bali, Indonesia telah diturunkan daripada...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

PAS Pahang Gesa Siasat...

KUANTAN - PAS Pahang hari ini membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dilakukan...

Misi Ocean Infinity Harapan Baharu Kepada Waris

PUTRAJAYA – Sinar harapan muncul kembali bagi waris penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 untuk mendapatkan penjelasan muktamad apabila satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Malaysia dan Ocean Infinity Limited dari Amerika Syarikat bagi memulakan usaha baharu untuk mencari pesawat itu yang hilang pada 2014.

Shin Kok Chau, suami penumpang MH370, Tan Ser Kuin, yang hadir pada upacara menandatangani MoU itu di Kementerian Pengangkutan hari ini, terus menaruh harapan tinggi pesawat itu akan ditemukan dan sekali gus merungkai misteri yang masih menghantuinya sekeluarga.

Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana tidak berputus asa untuk mencari pesawat berkenaan dan terus memberi sokongan serta maklumat berkaitan MH370.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan semua kementerian serta agensi yang terlibat dengan usaha baharu mencari MH370 ini dan empat tahun lepas.

“Berita ini memberi rasa lega kepada saya sekeluarga. Saya berharap pasukan operasi ini akan berjaya menemukan sesuatu untuk memberi penjelasan muktamad kepada kami,” kata Shin, 42, kepada pemberita selepas upacara itu.

Pertengahan bulan lepas, Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity, sebuah syarikat penerokaan dasar laut, telah menandatangani perjanjian untuk mencari pesawat yang hilang itu dan di bawah perjanjian berkenaan, kapal Seabed Constructor akan membuat pencarian di kawasan 25,000 km persegi dalam masa 90 hari.

Pencarian itu dilakukan atas dasar ‘no cure, no fee’, yang bermakna, bayaran akan hanya diberi apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan pihak ketiga.


Berkongsi sentimen serupa, V. P. R. Nathan, yang isterinya, Anne Daisy menaiki pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, berkata memang sukar untuk menerima hakikat, tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada keluarga terlibat dan penerbangan mereka.

“Kami tidak menetapkan sebarang sasaran, kami hanya ingin mendapatkan penjelasan dan ingin tahu apa yang telah berlaku. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana tidak menutup harapan kami serta tidak berputus asa untuk mencari MH370, dan kepada Ocean Infinity atas inisiatifnya menggunakan teknologi dan perbelanjaan sendiri untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan. Sudah empat tahun kami menderita, tanpa mendapat sebarang petunjuk tentang kejadian itu,” katanya.

Jacquita Gonzales pula masih menaruh harapan agar Patrick Gomes, buah hatinya semasa zaman kanak-kanak, yang kemudian menjadi suaminya dan ketua pramugara dalam pesawat malang itu, akan pulang ke rumah suatu hari nanti. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

Kategori