Mira Filzah Sudah Dirisik?

KUALA LUMPUR – Nampaknya Mira Filzah mungkin bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Dengar khabar, pelakon terkenal itu sudah dirisik dan bakal bertunang pada September ini.

Malah baru-baru ini Mira dilihat ditemani oleh bakal tunangnya itu pada satu majlis perkahwinan rakan mereka yang juga rakan artis, Farah Nabilah seperti laporan blog erinsakura.com.

Difahamkan lelaki bertuah itu ialah Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khair-il.

Beliau adalah anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid.

Mereka berkenalan sejak zaman pelajar lagi dan kini Wan Emir bekerja sebagai seorang arkitek. – MalaysiaGazette

Loading...