Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KWSP Akan Laksana Penuh...

KUALA LUMPUR - Inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk...

Teater MUD KL Dipentaskan...

MUD The Musical – A Story of Kuala Lumpur, sebuah teater yang mungkin...

Peladang Perlu Ambil Peluang...

KUALA LUMPUR - Masyarakat peladang perlu melengkapkan diri dan mengambil peluang hasil daripada...

Malaysia Belum Sedia Bina...

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak akan membina...

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung.

Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan Emir di entri Instagram miliknya.

Menurut Wan, usia kandungan bayi mereka akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah pemilik seluruh alam. Perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung. Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia mengucapkan ribuan terima kaish buat orang ramai yang tidak lekang memanjatkan doa yang baik-baik buat mereka.

“Kepada semua yang berharap dan kamj dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita. Amin. Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang,” coretnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.


“Masya-Allah, Tabarakallah, syukur Alhamdulillah. Tahniah Mira dan Emir. Semoga Allah permudahkan urusan kamu bertiga. InsyaAllah,” komen pelakon Fazura.

“Alhamdulillah, jaga diri dan kandungan baik-baik,” komen juga penyanyi Siti Nurhaliza.

“Alhamdulillah, tahniah kamu berdua,” komen juga pelakon Nabil Mahir.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 September 2020.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori