Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cabul: Polis Tahan 3...

GEORGE TOWN - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang...

Diana Danielle Seksi, Suami...

PELAKON berdarah campuran, Diana Danielle telah mencetuskan kontroversi apabila gambar dan videonya beraksi seksi bagi menghiasi...

Guru Maut, 2 Parah...

BELURAN - Seorang guru maut dan dua yang lain parah dalam nahas jalan...

Pembangkang Ibu Segala Korupsi...

Dalam ucapan 'menutup tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Mira Filzah Curi Tumpuan Buat Lip Sync Dekat Sydney

SI gadis manis jelita ini tak pernah jemu dipandang… Makin hari, namanya makin dikenali ramai. Bermula dengan telemovie pertama lakonannya, Din Sardin, kini Mira Filzah sudah mula dikenali oleh ramai.

Mira yang baru saja pulang dari Sydney telah berkongsi kenangan manisnya di sana dekat akaun Instagram miliknya. Sudahlah pemandangan dekat sana memang dah cantik, ada pulak Mira dekat dalam gambar tu, makin cantik dibuatnya!

Pada hari Ahad lepas, Mira ada memuat naik sebuah video dia membuat lip sync berlatar belakangkan keindahan Sydey dengan menggunakan lagu ‘Who Says‘, nyanyian Selena Gomez. Video itu juga telah ditonton lebih daripada 190,000 kali sejak dia memuat naik ke akaun media sosialnya itu.

Aduh aduh… Tak kuat rasanya bila tengok Mira macam tu. Lagu itu juga membawa maksud kita perlu sentiasa yakin dengan kelebihan diri sendiri dan jangan pernah jatuh dan termakan dengan kata-kata buruk orang lain.

Di dalam videonya itu, Mira juga mengambil peluang untuk mempromosikan tudung terbaru keluaran MFShawls yang diberi nama Bawal Monogram Luxe Edition.

Memang ramai dah tahu, selain daripada menjadi pelakon serta mengacara, Mira juga aktif dalam perniagaan tudung serta produk kecantikan dibawah jenamanya sendiri. Makin bertambah rezeki Mira lepas ni kan.


Apa yang lebih membanggakan ialah, bulan depan Mira bakal terbang ke New York sempena Minggu Fesyen New York. Menutur Mira, dia akan mewakili pereka fesyen tempatan di sana yang mana dia juga akan berada di pentas peragaan tersebut bagi memperagakan pakaian pereka tersebut.

Baca: Mira Filzah Jadi Model Fesyen Di New York!

“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.

“Saya juga diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya kepada mStar Online bulan lalu.

Dikesempatan tu juga, Mira bakal menjelajah negara tersebut kerana itu merupakan kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke New York. Peluang ini juga merupakan peluang keemasan baginya untuk mengembangkan lagi bakat seninya itu.

Semoga selepas ini Mira akan lebih dikenali bukan sahaja di dalam negara, bahkan namanya mungkin bakal disebut hingga ke luar negara. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori