Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Perubahan Ke...

KUALA LUMPUR - Belum ada perubahan dibuat setakat ini ke atas projek Laluan...

Pengasuh Direman Bantu Kes...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 39 tahun direman selama satu hari bagi...

Manchester United Tewaskan Everton...

MANCHESTER United mencatatkan pencapaian yang agresif apabila empat kali dalam lima perlawanannya hanya...

Pos Malaysia Labur RM10...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi pemasangan kemudahan...

Minyak Sawit Perlu Dapat Layanan Adil Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR – Minyak sawit Malaysia terbukti mengharungi perjalanan sukar terutamanya sejak beberapa tahun ini walaupun negara ini menjadi antara pengeluar terbesar minyak sayuran serta menyumbang kira-kira 31 peratus daripada 235.4 juta tan pengeluaran minyak dan lelemak di peringkat global.

Sejajar kedudukan sebagai antara dua pengeluar terbesar, Indonesia dan  Malaysia menyumbang sebanyak 87 peratus daripada bekalan minyak sawit global selain mewujudkan pasaran ‘duopoli’ serta saling berusaha memenuhi permintaan global yang terus meningkat.

Malangnya, halangan bagi Malaysia terus wujud dalam bentuk bekalan tidak mencukupi, ketidaktentuan harga minyak sawit mentah (MSM) serta kekurangan tenaga kerja. 

Jangan Risau… Klik Sini

Sudah pasti, cabaran sedemikian adalah sesuatu yang biasa bagi tanaman bernilai tinggi itu.

Namun, di peringkat antarabangsa, minyak sawit terus diasak pertikaian ‘aneh’ yang berlegar dalam tema atau alasan khusus seperti pembasmian hutan tropika serta kempen anti minyak sawit yang mengelirukan, terutamanya oleh Kesatuan Eropah (EU).

Persoalannya, apakah semua tuduhan itu benar atau sekadar asakan oleh segelintir pihak tertentu yang bertujuan melindungi tanaman serta pekebun kecil masing-masing?

Pembangunan Industri Sawit Malaysia Dibuat Secara Bertanggungjawab

Hakikatnya, Malaysia sejak beberapa tahun lepas telah memaparkan komitmen serta usaha serius bagi mencapai tahap kemampanan dalam industri tersebut.

Ini termasuk pembangunan sistem pemantauan ekosistem, penanaman semula pokok, aspek pemulihan, projek berasaskan ekosistem, penyelesaian berasaskan alam semula jadi, perkhidmatan ekosisten dan pengurusan lestari kawasan semula jadi dan sumbernya.

Malaysia yang meraikan ulang tahun ke-100 bagi penanaman sawit, juga sedang berusaha untuk meningkatkan hasil dan produktiviti komoditi tersebut tanpa perlu memperluaskan tanah selain menjadikan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia sebagai mandatori mulai Januari 2020.

Pada masa ini, daripada 23.4 juta hektar kawasan penanaman sawit global, Malaysia menggunakan 5.8 juta hektar bagi usaha itu dan telah memberi komitmen menetapkan penggunaan tanah maksimum untuk kegiatan itu pada hanya 6.5 juta hektar menjelang 2023.

Minyak Paling Efisien

Jika diamati, permintaan bagi minyak dan lelemak dijangka meningkat menjelang 2025 yang seiringan dengan pertambahan penduduk dunia.

Bagi memenuhinya, adalah dianggarkan wujudnya keperluan untuk mengusahakan tambahan 60.7 juta hektar tanah bagi biji sesawi, 84.2 juta hektar untuk bunga matahari manakala 115 juta bagi kacang soya.

Ini berbanding dengan hanya 15.2 juta hektar tanah diperlukan jika sumber minyak dan lemak tersebut adalah daripada minyak sawit.

Pada tahun lepas, daripada sejumlah 235.4 juta tan pengeluaran minyak dan lelemak, 31 peratus disumbangkan oleh minyak sawit dan diikuti 25 peratus kacang soya manakala biji sesawi sebanyak 11 peratus.

Kajian turut membuktikan bahawa minyak sawit yang meliputi sejumlah 23.4 juta hektar tanah yang diusahakan (global), adalah lima kali lebih kecil berbanding kawasan penanaman kacang soya — saingan terdekatnya tetapi menghasilkan purata 3.24 tan minyak sehektar setiap tahun,

Pengeluaran 3.24 juta tan MSM sehektar setahun itu adalah menyamai tujuh kali ganda melebihi minyak kacang soya dan empat kali ganda lebih tinggi daripada minyak biji sesawi dan bunga matahari.

Sudah pasti, dengan maklumat, pengiraan berasaskan angka sedemikian sudah cukup untuk membuktikan kepentingan minyak sawit.

Kebenaran Akan Terungkap

Setiap lima tahun, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) akan mengeluarkan Penilaian Sumber Hutannya.

Laporannya bagi 2020 menyatakan jumlah kawasan hutan yang terbakar di Asia adalah lebih kecil berbanding di Eropah bagi tempoh 2001-2018. 


“Di sebalik histeria berterusan mengenai kebakaran (hutan) di Indonesia, jumlah keseluruhan kawasan yang terbakar di Eropah adalah tinggi sedikit berbanding di Asia (281 juta hektar berbanding 262 juta hektar).

“Kebakaran hutan di Asia adalah kira-kira separuh daripada kebakaran di Amerika Selatan dan kurang daripada 10 peratus daripada kawasan terbakar di Afrika Tengah dan Selatan,” katanya.

Laporan FAO itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga telah meningkatkan kawasan hutannya.

Data Indonesia dan Malaysia itu jelas membuktikan bahawa pembangunan kelapa sawit dan keuntungan ekonomi yang terhasil daripadanya, secara semula jadi telah memberi perlindungan terhadap alam sekitar yang lebih besar dari semasa ke masa apabila masyarakat menjadi semakin makmur, katanya.

“Selain daripada cuba untuk menjejaskan keuntungan ekonomi daripada minyak sawit, adalah lebih wajar bagi EU dan pengkritik lain menyokong langkah-langkah pembangunan proaktif (termasuk kelapa sawit) bagi mempercepat pertumbuhan pendapatan dan sekali gus meningkatkan sokongan tempatan untuk perlindungan alam sekitar,” kata FAO. 

EU Tidak Mampu Penuhi Permintaan Minyak Sayuran 

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menerusi laporan Prospek Pertanian 2020-2029 OECD-FAO, berkata permintaan terhadap minyak sayuran dijangka meningkat kira-kira 20 peratus dalam dekad akan datang.

Malah, semua pengeluar utama minyak sayuran menjangkakan pengeluaran akan meningkat termasuk pertumbuhan pengeluaran minyak sawit dianggarkan 1.5 peratus namun EU sebaliknya menyaksikan penurunan sebanyak 0.2 peratus setiap tahun untuk minyak sayuran.

“Ini jelas membuktikan kekurangan daya saing dalam kalangan pengeluar minyak bijian di EU. Walaupun EU merupakan pengeluar minyak bijian (kecuali minyak sawit dan soya) kedua terbesar, ia sebaliknya bukan pengeksport utama.

“Ia tidak mungkin mampu mengeluarkan minyak sayuran bagi memenuhi permintaan daripada pasaran biodiesel dan minyak sayuran dunia. Ini hanya membuktikan lagi mengapa kumpulan perladangan EU dan pembuat dasar terus paranoid, bersifat mempertahan dan terlalu melindungi minyak sayuran di EU,” katanya.

Walaupun sudah jelas dengan bukti data sedemikian, EU tetap melakukan diskriminasi serta melancarkan lebih banyak kempen antiminyak sawit.

Langkahnya bagi mengetepikan minyak sawit dan biobahan api berasaskan tanaman sawit telah menyebabkan Malaysia dan Indonesia terpaksa meminta rundingan bagi mencari mekanisme penyelesaian pertikaian itu dengan pihak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Bagi Indonesia, permohonan itu telah diedarkan kepada ahli WTO pada 16 Dis, 2020 manakala Malaysia telah memfailkan permohonan pada 19 Jan, 2021 – sekali gus menjadikannya pertikaian dagangan ke-600 WTO sejak penubuhannya pada 1995.

Rundingan tersebut akan memberi peluang kepada pihak terbabit membincangkan masalah tersebut serta mencari penyelesaian yang memuaskan tanpa diteruskan secara proses pengadilan.

Selepas 60 hari, jika rundingan berkenaan terbukti gagal meleraikan pertikaian itu, pengadu boleh memohon pengadilan menerusi satu panel khusus.

Dalam pada itu, EU telah melancarkan rancangan utama yang mengikat negara-negara anggotanya untuk membangunkan ekonomi neutral karbon menjelang 2050 termasuk dengan mempromosikan penggunaan biobahan api.

Namun ia telah menimbulkan tanggapan bahawa pengeluaran minyak sawit adalah tidak mampan dan biobahan api berasaskan kelapa sawit tidak layak disenaraikan dalam sasaran tenaga boleh diperbaharui EU. – BERNAMA

Kategori