Minum Teh, Kopi Panas Boleh Tingkat Risiko Kanser?

MENIKMATI minuman teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser oesophageal, dedah satu kajian.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser Antarabangsa Kanser dibuktikan dengan kajian ke atas 50,045 individu berusia 40 hingga 75 tahun untuk median 10 tahun.

“Ramai orang suka minum teh atau kopi dan minuman panas lain. Menurut laporan kami, ia berupaya meningkatkan risiko kanser oesophagal.

“Jadi, anda dinasihatkan menunggu sehingga ia sejuk sebelum minum,” kata pengarang utama Farhad Islami, dari Persatuan Kanser Amerika.

Susulan kajian itu, 317 kes baharu kanser oesophageal telah direkodkan.

Kanser oesophageal merupakan penyakit melibatkan kecacatan sel dalam salur pemakanan yang membesar dengan tidak terkawal.

Menurut Kajian Kanser UK, ia turut dikenali sebagai gullet. – India Times

Loading...