Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kasih Sayang Antara DAP...

Tindakan pemimpin de facto DAP, Lim Kit Siang menyiarkan gambarnya bersama Ahli Parlimen...

KiniTV, Pengarahnya Didakwa Hantar...

KUALA LUMPUR - Portal berita video, KiniTV dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Syed Saddiq Utamakan Calon...

Media melaporkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berseloroh: "Kalau saya tidak...

26 Hospital Dipilih Kendali...

KUALA LUMPUR - Kementerian kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di...

Mimpi Ngeri COVID-19 Semakin Hampir

KUALA LUMPUR – Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10,000 kes harian baharu COVID-19, selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi angka 7,000 pada Selasa, Rabu dan semalam.

Ini ditambah penularan varian baharu pandemik COVID-19 yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku, terutama di tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) membabitkan sektor pengilangan.

Semalam, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dan tujuh daripadanya kluster tempat kerja yang kebanyakannya kilang.

Sementara itu, setakat 23 Mei lalu, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes.

Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam (6) kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian membimbangkan (VOC) sebagai kerisauan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara, sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah, manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, Malaysia menambah sebanyak 7,857 lagi kes harian baharu COVID-19, yang tertinggi sejak kes positif pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,675 kes, diikuti Sarawak 772 kes dan Kelantan 754 kes.

Pada Selasa (25 Mei), kes harian baharu COVID-19 direkod sebanyak 7,289 kes sementara pada Rabu (26 Mei), meningkat kepada 7,478 kes.

Pada kedua-dua hari ini, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa) dan 2,455 kes (Rabu).

Kes kumulatif yang direkod semalam sebanyak 541,224 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menghampiri 70,000 iaitu 69,408 kes.

Berikut rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh rangkuman mingguan 22 Mei hingga 27 Mei 2021:

22 Mei 6,320 kes

23 Mei 6,976 kes


24 Mei 6,509 kes

25 Mei 7,289 kes

26 Mei 7,478 kes

27 Mei 7,857 kes.

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat. Begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat semalam, sebanyak 771 kes direkod di ICU dan 392 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Sebagai langkah siap siaga, Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa meminta hospital swasta untuk menambah katil ICU, selain turut menggunakan Ordinan Darurat Seksyen 3 iaitu mengambil alih hospital baharu yang belum digunakan seperti Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merawat pesakit COVID-19.

Dengan 541,224 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga ke-41 dalam senarai 216 negara yang dilanda pandemik COVID-19.

Di hadapan Malaysia ialah Nepal dengan 542,256 kes dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis, melaporkan 59 lagi kes kematian, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,491 kes. Semua kes melibatkan warganegara.

Daripada 59 kes, sebanyak 19 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Sarawak, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Kedah, serta masingmasing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.

Kes tertinggi kematian direkod pada Rabu 26 iaitu 63 kes terdiri daripada 57 orang warganegara dan enam (6) orang bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, kes mayat dibawa ke hospital (Brought in Dead/BID) sebanyak 12 kes.

Menurut KKM, kes BID merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan COVID-19, selepas proses bedah siasat.

Pada 25 Mei, pesakit COVID-19 paling muda yang dilaporkan meninggal dunia pada hari berkenaan berusia tiga tahun dari Sabah yang juga menghidap leukemia. – BERNAMA

Kategori