Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

STATUS kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton dengan gelaran sebagai Duchess of Cambridge tidak menjadikan wanita ini seorang yang lupa diri.

Statusnya sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata kepada pewaris kerajaan Britain sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila kelibatnya dilihat menaiki sebuah pesawat komersial British Airways.

Pada 13 Oktober lalu, Middleton yang cantik memakai suit biru lembut rekaan Catherine Walker dilihat menaiki kelas ekonomi pesawat berkenaan sambil ditemani beberapa pengawal peribadinya.

Difahamkan Middleton sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan solonya ke Belanda.

Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

Kehadiran Middleton di kelas ekonomi pesawat berkenaan menjadikan penumpang tidak senang duduk tatkala melihat figura yang menjadi ikon dunia ini berada di dalam pesawat bersama mereka.

Masing-masing menggunakan kesempatan yang ada untuk merakam detik-detik manis itu menggunakan kamera pada telefon bimbit masing-masing.

Perjalanan yang memakan masa selama 50 minit itu menjadikan suasana dalam pesawat berbeza apabila penumpang dilihat teruja dengan kehadiran Middleton.

Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

Walaupun berada di kelas ekonomi, Middleton tetap diberikan layanan first class berbeza dari penumpang lain.

Sejurus pesawatnya mendarat di London City Airport, sebuah kereta mewah telah tersedia menanti wanita itu.

Pun begitu, difahamkan ini bukanlah pengalaman pertama Middleton terbang menggunakan pesawat komersial.

Pada tahun 2011, Middleton dan Putera William terbang menggunakan pesawat biasa pulang ke Britain. Namun, mereka duduk di bahagian kelas pertama. – MYNEWSHUB.CC

Loading...