Mick Diiktiraf Arnab Tertua Di Dunia

BERWYN – Seekor arnab baka agouti diiktiraf arnab paling tua di dunia oleh Guinness World Records apabila haiwan itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 9 Februari lalu.

Menurut laman rasmi Guinness World Records, arnab jantan bernama Mick itu telah jauh melangkaui jangka hayat purata spesies tersebut dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun.

Penjaganya, Liz Rench menghidangkan kek buah untuk Mick bagi meraikan ulang tahun mamalia itu. Sebagai ‘warga emas,’ Mick kini menghidap penyakit katarak, artritis, jangkitan parasit dan kepala teleng.

“Saya sudah menghabiskan masa 20 tahun menjaga arnab dan tidak pernah jumpa arnab yang hidup melebihi usia 13 tahun. Mick sangat istimewa dan saya berasa bertuah mempunyainya dalam hidup saya,” kata Rench.

Rench pertama kali bertemu dengan Mick semasa dia menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan haiwan pada tahun 2004. Arnab manja itu pernah mempunyai dua pasangan iaitu Bianca yang mati pada 2009 dan PJ yang mati pada 2015. – Agensi

Loading...