Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH370: Hanya Kotak Hitam...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan Malaysia bahawa serpihan sayap sepanjang dua meter dikenali...

Bot Terbalik: 2 Nelayan...

IPOH - Dua nelayan yang hilang selepas bot mereka terbalik akibat dipukul...

KJ Cadang Jawatankuasa Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan penubuhan...

MRT Corp, Rapid Rail...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid...

Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story

SELEPAS terheret dalam isu majlis pelancaran Naelofar Hijab yang diadakan di sebuah kelab malam, pengarah Michael Ang bertekad untuk berhenti daripada berkongsi aktiviti rakaman lintas langsung di Instagram.

Memetik BH Online, Michael menegaskan keputusan itu dibuat bagi meredakan keadaan selain enggan lagi terjerat dalam kontroversi hingga menyebabkan dirinya berterusan menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Saya terpaksa menghentikan seketika aktiviti IG Story, walaupun ramai peminat yang menyukainya.

“Bukan apa, saya takut tersalah cakap dan tidak mahu lagi ia menjadi isu. Membaca komen netizen yang keterlaluan, membuatkan saya takut.

“Mereka suka menghukum tanpa terlebih dulu memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan,” tegas Michael.

Tambah Michael, meskipun terdapat segelintir netizen yang faham dengan cara percakapannya yang agak kasar namun beliau sedar bahawa masih ada juga pihak yang kurang senang dengan perilaku tersebut.

Pun begitu, Michael menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati berhubung hal sebaliknya hanya menganggap ia sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan sama kelak.

“Isu ini banyak membuka mata saya. Peminat walaupun tidak suka perlakuan kita, mereka akan menegur dengan baik.


“Ia berbeza dengan mereka yang membenci apabila terus menghina dan menghukum sehingga saya terpaksa memadam komen yang keterlaluan.

“Bukan terasa hati, cuma saya tidak mahu orang lain terpengaruh dengan perlakuan negatif mereka itu,” tambah pengarah itu.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan diri, Micheal memberitahu selepas tamat penggambaran drama bersiri  Ti Amo Sweetheart 100 Hari, beliau bakal memulakan projek drama terbaru bertajuk Love Is You dibintangi Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Fikry Ibrahim.

Terdahulu, Michael teruk ‘diheret’ dalam perdebatan netizen kerana berkongsi pendapat yang dianggap mempersenda Islam dengan menyatakan lokasi pilihan Neelofa itu boleh digunakan sebagai tempat penganjuran pelbagai acara termasuk majlis tahlil.

Ekoran kenyataan tersebut, Micheal diselar netizen kerana dilihat seolah-olah tiada sensitiviti apabila menyentuh soal agama. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori