Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Ranking Pertama Keirin...

PELUMBA basikal elit negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo...

Hanya 62 Parti Politik...

KUALA LUMPUR - Hanya 62 parti politik berdaftar dan aktif di bawah Akta...

Had Umur Kahwin: TPM...

HANOI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Pesawat Kecil Dengan 2...

KINGSTON, Jamaica - Sebuah pesawat kecil dengan dua atau lebih penumpang terhempas kira-kira...

Mia Ahmad Banyak Pakai Duit Sendiri Untuk Kahwin

Pelakon Mia Ahmad yang bakal diijab kabulkan pada 13 Januari ini, memberitahu, dia hanya mengambil penajaan untuk busana pengantin, pelamin dan beberapa perkara kecil sahaja untuk majlis istimewanya itu.

Manakala, selebihnya Mia memilih untuk menggunakan wang sendiri.

Menurut Mia, keputusan itu dibuat kerana dia merasa lebih puas dan majlis itu boleh mengikut citarasanya.

“Saya ada terima tajaan untuk baju dan pelamin serta beberapa perkara kecil sahaja, selebihnya saya pakai duit sendiri.

“Kalau boleh perkahwinan saya mengikut cita rasa saya dan saya sendiri lebih selesa dan puas jika menggunakan duit sendiri untuk majlis istimewa ini,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Mia akui dia kini berdebar menantikan hari bahagiannya untuk disatukan bersama penjaga gol JDT iaitu Mohd. Izham Tarmizi Roslan.3bcd6a8b00000578-0-image-a-9_1483436548970

“Saya sudah bercuti dari sebarang aktiviti seni dan sekarang sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahan minggu depan.


“Perasaan sudah tentu risau dan berdebar juga, nasib baik persiapan majlis saya dibantu oleh keluarga dan perunding perkahwinan,” katanya.

Pasangan ini bakal diijabkabulkan di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan majlis persandingan pula akan diadakan pada hari yang sama.

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada bulan Mac di Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori