Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nick Cannon Mahu Tinggalkan...

KALAU sudah namanya perkahwinan artis Hollywood, amat jarang sekali ia dapat bertahan untuk...

PKR Gesa Polis Halang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah Perhimpunan Rakyat Bersatu secara besar-besaran...

Mesej Cinta Rodriguez Kepada...

JIKA sebelum ini Cristiano Ronaldo dan kekasihnya, Georgina Rodriguez mengambil pendekatan kunci mulut...

PM, Isteri Redah Sungai,...

PEKAN - Biarpun terpaksa menaiki bot, mengharung sungai dan melalui jalan terputus hubungan,...

MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini

Kepulangan jenazah kumpulan ketiga mangsa nahas MH17 yang dijadualkan tiba di tanah air Sabtu ini hanya menyaksikan bapa kepada enam sekeluarga yang terkorban iaitu Tambi Jiee, 49, sahaja sudah disahkan akan dibawa pulang oleh kerajaan Belanda.

Manakala tiga lagi anak arwah Tambi dan Ariza Ghazalee, 46, iaitu Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih lagi dalam proses pengecaman di sana.

Perkara tersebut dinyatakan oleh abang Tambi, Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memaklumkan kepadanya sekeluarga berhubung perkara itu.

Memetik Harian Metro, Drahman berkata, “syukur.. kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya.

“Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti,” katanya.


Sebelum ini, hanya jenazah Ariza dan anak sulung pasangan itu, Muhammad Afif, 19, yang telah dikenal pasti dan jenazah kedua-duanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching, Sarawak, Jumaat lalu. – MYNEWSHUB.MY

TAMBI

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori