Metallica Derma RM414,000 Untuk Mangsa Kebakaran

AMERIKA SYARIKAT – Kumpulan rock legenda, Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM414,000) sebagai tanda prihatin dengan bencana kebakaran hutan di utara dan selatan California di sini.

Berita itu dikongsi menerusi Twitter rasmi mereka @Metallica.

Metallica dalam hantarannya berkata, AS$50,000 (kira-kira RM207,000) akan disalurkan kepada dana Sonoma County manakala selebihnya kepada dana Wildfire Relief.

Mereka juga berharap peminat untuk mendermakan wang, makanan dan pakaian kepada mangsa terjejas selain sukarela membantu menyediakan penempatan sementara buat mangsa.

Perkongsian itu mendapat perhatian peminatnya yang turut sama menderma wang menerusi yayasan tersebut. – Agensi

Loading...