Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Myanmar Ratifikasi Semula Perjanjian...

YANGON - Menteri Hal Ehwal Luar Myanmar dan Bangladesh telah bertukar-tukar dokumen ratifikasi...

Chegubard Sah Dipecat PKR...

BELUM sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status...

Peguam Jangka Anwar ‘Keluar’...

PEGUAM mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, J Leela memaklumkan Ketua Pembangkang itu akan dibawa...

Syarikat Bas ‘Muflis’ Jejas...

KLUANG - Seramai 100 pelajar yang tinggal di Kampung Melayu Mardi, Ladang CEP...

Mesyuarat Khas Isu Kartel Daging Isnin Ini

KULAI – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini, berhubung isu kartel daging yang menipu label halal, susulan pembongkaran gudang kartel itu di Senai, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, mesyuarat bertujuan merangka tindakan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan menyifatkan pembongkaran itu satu insiden yang mengejutkan, apatah lagi ia perkara sensitif buat umat Islam negara ini.

“Saya amat terperanjat kerana selama ini kita tidak menyangka perkara ini akan terjadi. Hari ini jelas apa yang dibongkar adalah satu perkara yang serius kerana ia melibatkan kemudaratan kepada pengguna khas orang Islam bukan sahaja di Johor tetapi negara. 

“Sebagai Pengerusi Majlis Halal Negeri Johor, saya akan membuat mesyuarat khas dengan memanggil semua jabatan terlibat dalam pembongkaran kes kartel daging ini, serta wakil dari setiap pelabuhan di negeri ini. 

“Mesyuarat akan diadakan pada Isnin ini jam 2 petang di Pusat Islam Iskandar, bagi membincangkan perkara dan langkah-langkah yang seterusnya dapat pastikan kartel daging ini tidak boleh masuk ke negara kita, sama ada melalui jalan laut atau darat. Ini kita akan bertindak segera,” katanya ditemui selepas meninjau gudang yang diserbu pihak berkuasa berhubung kartel daging di Taman Perindustrian Senai di sini, hari ini.

Turut serta dalam tinjauan berkenaan, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, Nur Afifah A Rahman dan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kanan (Bahagian Penguatkuasaan) negeri, Khalik Drahman.

Mengulas lanjut, Tosrin berkata, siasatan sedang dilakukan pihak berkaitan termasuk pengesahan jenis daging dirampas yang sampelnya dihantar ke Jabatan Kimia, minggu ini.


“Saya difahamkan kilang ini mempunyai lesen mengimport daging halal sahaja tetapi dia mengguna pakai lesen itu untuk mengimport daging tidak sah serta ayam dan itik,” katanya.

Beliau meminta umat Islam di Johor khasnya supaya bertenang dalam mendepani itu dan tidak sengaja menerbitkan provokasi.

“Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk halal yang diyakini, kita sedang membangunkan satu aplikasi direktori halal yang dijangka akan dilancarkan pada Mac tahun depan,” katanya.

Rabu lalu, Maqis mengetuai serbuan bersama agensi penguatkuasa lain, ke atas sebuah gudang yang menyimpan daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal palsu.

Berdasarkan siasatan awal, daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina. – myMetro Online

Kategori