Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Elaun Anggota Sukarelawan Polis...

ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Gejala Rasuah Mampu Gugat...

IPOH - Gejala rasuah mampu menggugat kedaulatan dan melumpuhkan sistem keadilan sesebuah negara...

Jangan Ringankan Peristiwa Memali...

KUALA LUMPUR - Khalid Samad tidak berpuas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS,...

Permit Bazar Ramadan MBPP...

GEORGETOWN : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan kepada individu yang berminat...

Mercedes, Ferrari Alami Kesukaran, Norris Cipta Kejutan

MONTMELO, Sepanyol: Mercedes dan Ferrari berdepan masalah teknikal pada hari kelima sesi ujian pra-musim Formula Satu (F1), semalam yang menyaksikan muka baharu dari Britain, Lando Norris mencipta masa terpantas untuk McLaren.

Pelumba muda Ferrari, Charles Leclerc hanya melakukan 29 pusingan di Litar Barcelona sebelum jenteranya memasuki garaj pasukan bagi “pemeriksaan terhadap sistem penyejukan.”

Tempoh Valtteri Bottas bersama jenteranya di Mercedes turut dihadkan selepas mengalami masalah minyak yang memaksa pasukan penyandang juara kategori pengeluar itu menukar enjinnya.

Begitupun, Norris tampil dengan prestasi baik untuk McLaren dan mencipta masa terpantas tetapi catatannya hanya 0.006 saat lebih laju berbanding pelumba Red Bull, Pierre Gasly sekali pun pemandu Perancis itu menggunakan set tayar yang berbeza.

“Potensinya ada, kami akan cuba meningkat dalam semua bahagian,” kata Gasly.

Perlumbaan F1 2019 akan membuka tirainya di Grand Prix Australia pada 17 Mac ini dengan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton turun sebagai penyandang juara dunia. -AGENSI

Kategori