Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cara Memanfaatkan Pakaian Lama...

Himpunan baju lama yang sedia ada dan ditambah pula dengan yang baru dibeli,...

Harga Petrol: Jangan Tangguh...

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap kerajaan tidak mengambil masa terlalu...

200 Nelayan Terengganu Daftar...

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 200 nelayan di negeri ini telah berdaftar sebagai sukarelawan...

Durian J-Queen Dijual Pada...

MAHAL... Kepada para 'peminat tegar' buah durian, berapakah yang anda sanggup belanjakan untuk...

Menteri Tidak Tahu Lokasi Projek Dibatal, Sinis Najib

GEMPAR… Belum pernah dalam sejarah, ada menteri secara terbuka akui tidak tahu lokasi sesuatu tempat namun itulah berlaku dalam pentadbiran Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bahawa projek Empangan Telom di Cameron Highlands dibatalkan kerana beliau tidak tahu tempat itu kini tular di media sosial!

Perkara pelik tapi benar itu turut jadi bahan sindiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus jelas membuktikan ada anggota jemaah menteri PH bukan sahaja bodoh, malah tidak tahu pula cara urus negara.

“Ini batal projek sambil potong bawang ka?” tanya bekas Presiden UMNO itu menerusi akaun sosial Facebook beliau apabila menteri DAP tersebut tidak tahu lokasi projek prasarana yang diumumkan sudah pun dibatalkan tahun lalu.

Menurut Najib, sudah tentu berita kecil sedemikian disambut baik oleh sebilangan pengundi PH yang tegar bantah projek pembangunan ini waima ia mampu jana bekalan elektrik murah dan kawal banjir besar kepada penduduk.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Pengerusi Barisan Nasional (BN) mempersoalkan kenyataan Bee Yin itu bahawa pihak kementeriannya telah pun buat keputusan pembatalan tersebut pada akhir Oktober tahun lepas.

“Pada 30 Oktober, kita sudah ada satu mesyuarat… Dalam mesyuarat itu kita sudah putuskan Empangan Telom tidak dimasukkan dalam perancangan. Maksudnya kerajaan PH tidak akan teruskan projek bina empangan ini.

“Ini bukan kerana PRK (Pilihan Raya Kecil) sudah sampai, saya pun tidak tahu bahawa empangan ini terletak di Parlimen Cameron Highlands,” kata Bee Yin secara selamba yang turut dipetik kenyataan tersebut oleh Najib.


“Menteri boleh batal projek untuk rakyat tanpa tahu lokasi di mana? Ini batalkan projek sambil potong bawang ka?” sindir Najib yang turut tular dalam Facebook beliau apabila terima hampir 6,000 tanda suka selain ratusan komen.

Beliau turut mempersoalkan kenapa menteri tersebut sekadar bisu mengenai pembatalan projek ini selama tiga bulan sebelum tiba-tiba boleh pula umumkan keputusan ini semasa acara bertemu pengundi ketika kempen PRK.

“Kebetulan teramat sangat. Ada juga rakyat yang akan percaya DAP,” kata Najib dalam nada sinis yang merujuk perancangan empangan itu bakal berupaya hasilkan 132 megawat elektrik apabila projek tersebut siap sepenuhnya.

Bagaimanapun kerajaan PH batal pelan itu kerana konon bimbang akan memusnahkan hutan seluas 7,600 hektar serta ekosistemnya yang jadi sumber pendapatan masyarakat Orang Asli sejak sekian lama. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori