Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Atasi Masalah Sawit Sebelum...

PENEROKA Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa...

7 Tips Memudahkan Anda...

Tidak ramai yang bernasib baik kerana kebanyakannya mungkin akan mengalami masalah untuk tidur...

Kecewa Anak Kena Gigit...

IBU bapa mana tak kecewa bila anak disakiti sehingga berbekas bukan?Tambah sakit hati bila...

Jubli Emas Sultan Brunei...

BANDAR SERI BEGAWAN - Seluruh rakyat Brunei hari ini meraikan ulang tahun ke-50...

Menteri Nafi Tuduh Melayu Pendatang

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menafikan beliau menuduh orang Melayu sebagai pendatang di Malaysia, sebaliknya cuma menjelaskan sejarah sebenar kewujudan kaum India di negara ini dalam satu majlis agama Hindu di Negeri Sembilan minggu lalu.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, beliau pada majlis itu menerangkan kepada masyarakat India bahawa dari segi sejarah, orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu.

Justeru, katanya, beliau menjelaskan bahawa tidak sepatutnya berlaku tuduh-menuduh dengan menggelar seseorang atau sesuatu kaum di negar ini sebagai pendatang di Malaysia.

“Agama Hindu dibawa oleh orang India ke Tanah Melayu. Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu, di Kedah telah membuktikan hal ini.

“Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu.

“Agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini dan menjadi popular pada abad ke-15,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Menteri Sumber Manu­sia itu juga dilapor mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, ke­semua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama ditemui di sana.


“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!” kata Kulasegaran seperti dilaporkan akhbar itu.

Akhbar berkenaan membuat laporan itu berdasarkan satu rakaman video ucapan Menteri Sumber Manusia yang dimuat naik dalam YouTube.

Kula Segaran dalam kenyataan medianya hari ini seterusnya menjelaskan, transmigrasi merupakan proses yang natural yang berlaku di seluruh dunia.

Jelas beliau, pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi.

“Ini fakta sejarah. Semua ini adalah fakta sejarah. Jadi, apa yang saya mahu tekankan ialah sejarah patut diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap. Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri,” tegasnya.

Justeru, beliau berpandangan ucapan beliau berhubung sejarah sebenar kaum India di negara ini telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.

“Ini adalah satu fitnah dan pembohongan. Saya tidak pernah berkata begitu. Ia diputarbelitkan tanpa latar atau konteks yang sebenarnya,” kata beliau. – MYNEWSHUB.TV

Kategori