Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

J/kuasa Kebangsaan Pembangunan OPT...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan struktur rasmi Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Batang Kelapa...

25 Setiausaha Politik Menteri...

KUALA LUMPUR - Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah...

Tiada Pengesahan Agong Telah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau...

Bayaran Pinjaman Pembiayaan KKLW...

PASIR SALAK - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie...

Menteri Nafi SKMM ‘Intip’ WhatsApp 24 Jam

KUCHING – Berita amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap kumpulan dalam aplikasi WhatsApp yang konon dipantau 24 jam yang tersebar tular adalah palsu.

Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sambil berkata, suruhanjaya tersebut hanya sebagai badan pelaksana sera bukannya ditugaskan untuk mengintip mana-mana pihak.

“Berita itu adalah palsu dan tidak ada kebenaran sama sekali. Tapi kita selalu memberi amaran kepada semua pihak bahawa dalam menggunakan media sosial, kita terikat dengan undang-undang dan peraturan sedia ada,” katanya.

Salleh menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) Biz World di sini pada Jumaat.

Baca: SKMM Keluarkan Garis Panduan Admin WhatsApp

Pada 4 Mei lalu, SKMM dilaporkan media telah mengeluarkan garis panduan peringatan kepada pentadbir atau admin kumpulan aplikasi pesanan WhatsApp berhubung apa yang patut dan tidak dilakukan.

Ia susulan laporan eksklusif BH pada 27 April lalu berhubung admin berdepan tindakan undang-undang jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.


Dalam laman web rasminya (www.mcmc.gov.my), SKMM menggariskan 12 panduan peringatan terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Antara lain, admin perlu memaklumkan kepada ahli berhubung tujuan kumpulan tersebut diwujudkan dan memikirkan sama ada peraturan asas diperlukan. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Kategori