Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Ikuti Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang...

Artis Terkejut Ramai Anak...

MERIAH... Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang berlangsung sejak tahun 2015 memang amat...

Saintis Bantu Tangani Kempen...

KUALA LUMPUR : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang bekerjasama dengan badan pemikir...

Jangan Keluarkan Kenyataan Berbaur...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai...

Menteri Akan Tentukan Perlu Timbalan Atau Tidak

SEMUA menteri yang telah dilantik akan diberikan hak untuk menentukan sama ada mereka memerlukan timbalan ataupun tidak, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Timbalan (menteri), kita tidak tahu berapa banyak, tapi kita akan beri hak kepada menteri sama ada dia perlu kepada timbalan ataupun tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai barisan Kabinet kerajaan sama ada akan ada pertambahan kementerian lain dan senarai timbalan menteri bagi kementerian yang telah ada.

Setakat ini 13 kementerian telah diwujudkan dengan kesemua menterinya telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu.

Kementerian berkenaan adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Tenaga Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan.

Pada 10 Mei lepas, Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional. – BERNAMA

Kategori