Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan...

Syed Shamim Risau Hilang...

PENYANYI Syed Shamim mengakui bimbang akan hilang peminat apabila mengambil keputusan untuk muncul...

549 Veteran Tentera Tak...

KANGAR - Seramai 549 veteran tentera tidak berpencen di Perlis menerima Bantuan Bakti...

Tukar Kerusi MCA-UMNO Atas...

BENTONG - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertukaran kerusi antara...

Menjelang PRU, Singapura Rancang Sekat Berita Palsu

MALAYSIA sejurus ditadbir Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum (PRU) Mei lalu telah memansuhkan akta antiberita tidak benar, tetapi di seberang tambak, kerajaannya sedang merancang memperkenalkan undang-undang menangani berita palsu.

Lapor media Singapura, undang-undang yang akan digubal Singapura bagi menyekat maklumat palsu internet akan dapat dilihat pada separuh pertama 2019.

Menteri kanan undang-undang Singapura Edwin Tong mendedahkan hal ini dalam satu wawancara dengan Channel News Asia, mengatakan draf rang undang-undang pertama mungkin dibentang dalam tempoh itu.

Walaupun sudah lama dijangka, undang-undang untuk menangani penyebaran berita dan maklumat palsu di internet belum lagi didedahkan.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai isu ini dan bagaimana hendak menanganinya telah menghantar laporan setebal 317 muka surat ke parlimen pada September.

Laporan ini menekankan pendekatan pelbagai cara dan menekankan kedua-dua langkah melalui perundangan dan bukan perundangan.

Apabila ditanya bagaimana Singapura akan mentakrif masalah ini melalui undang-undang, Tong yang merupakan salah seorang anggota jawatankuasa tidak menjelaskan lanjut.

Beliau menekankan objektif utama undang-undang tersebut, termasuk menyekat penggunaan alat untuk menyebar kepalsuan seperti akaun palsu kendalian bot, trol, dan menghentikan penularan berita palsu yang diterbitkan.


“Bagaimana kami menentukan skopnya dan mentakrifkannya akan bergantung pada bagaimana kami melihatnya secara keseluruhan,” kata Tong.

Tambahnya lagi, masih “banyak kerja yang perlu dilakukan.”

Kebimbangan terhadap penularan maklumat palsu ini juga dibimbangi akan menjejaskan proses PRU.

Jawatankuasa turut mencadangkan agar kerajaan mengenal pasti langkah-langkah tambahan untuk melindungi integriti pilihan raya Singapura, yang termasuk penggubalan undang-undang.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebelum ini dilapor berkata bahawa PRU akan datang mungkin diawalkan, memungkinkannya diadakan pada 2019. – CNA/Mynewshub.tv

Kategori