Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Md Rayhan Mohon Maaf...

PUTRAJAYA - Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada...

Khairy Minta Atlet Zahir...

KUALA LUMPUR - Kontinjen negara boleh menzahirkan semangat patriotisme pada bulan kemerdekaan ini...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor menyusut sedikit kepada 199 orang...

Sukan SEA: Skuad Bawah...

MELAKA - Skuad bawah 23 tahun kebangsaan memilih China bagi menjalani latihan persiapan...

Menjelang 2020, Pukat Tunda Diharamkan Penggunaan Di Kawasan Zon A & B

KUALA TERENGGANU – Menjelang tahun 2020, semua nelayan dalam negara tidak lagi dibenarkan menggunakan pukat tunda di kawasan Zon A dan B sebagai satu langkah kawalan terhadap sumber perikanan negara yang kian merosot.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata ini berikutan sumber perikanan negara yang berada pada paras kritikal di beberapa kawasan seperti di perairan pantai timur dan barat Semenanjung dan Sabah.

Beliau berkata pengezonan semula penggunaan pukat tunda sedang dilakukan secara berperingkat mulai sekarang dimana ia kini hanya akan boleh digunakan di kawasan C dan C2 (kawasan laut dalam).

“Langkah ini dilakukan kerana kajian mendapati jika tiada usaha pengawalan dilakukan, sumber marin negara akan lenyap menjelang tahun 2048. Secara umumnya kemerosotan sumber ikan berlaku dengan pantas tapi kita cuba lakukan pelbagai langkah termasuk mengurangkan penggunaan pukat tunda di kawasan sensitif (zon A dan B) bagi memastikan sumber perikanan terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas kursus latihan antarabangsa mengenai populasi dan penilaian stok negara-negara OIC di Akademi Perikanan Chendering, di sini hari ini.


Sementara itu mengulas bekalan ikan pada musim tengkujuh, beliau memberi jaminan ia cukup selepas Jabatan Perikanan mengambil langkah proaktif dengan membekukan semua ikan segar selepas berlaku lambakan ikan pada Mac lalu.

Katanya beberapa jenis ikan mungkin dijangka mengalami kekurangan bekalan seperti ikan selayang, ikan pelaling dan juga ikan tamban, tetapi sekiranya masih mengalami masalah bekalan ikan pihaknya akan mendapatkannya dari pantai barat. – BERNAMA

Kategori