Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lokasi Jho Low, 4...

KUALA LUMPUR - Interpol Polis Diraja Malaysia tidak dapat mengesan dan menentukan di...

Bukan Tahun Depan Kahwin’...

PELAKON Mira Filzah menafikan dakwaan bakal melangsungkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2020.Mira...

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh...

KUALA SELANGOR - Mayat seorang lelaki, yang dipercayai dibunuh, ditemui di sebuah lombong...

Berlembut Pendekatan Terbaik Perangi...

KUALA LUMPUR – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang...

Mengarut, Najib Tolak Dakwaan Arah Polis Bunuh Altantuya

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak keras dakwaan terbaru salah seorang individu yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu bahawa bekas perdana menteri itu mengarahkan beliau menjalankan pembunuhan kejam wanita itu pada 2006.

Ini susulan dakwaan Azilah Hadri dari penjara bahawa beliau dan Sirul Azhar Umar, yang melarikan diri ke Australia selepas mereka berdua dijatuhi hukuman mati, menerima arahan “tembak dan bunuh” (shoot to kill).

“Ini adalah cerita rekaan orang yang terdesak dan cuba melepaskan diri daripada hukuman mati,” Najib memberitahu FMT dalam satu respons segera terhadap laporan Malaysiakini berhubung dakwaan Azilah yang terkandung dalam permohonannya untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2015 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh.

“Kenapa maklumat ini tidak ditimbulkan sebelum ini, tetapi hanya sekarang, lebih sedekad selepas kematiannya (Altantuya) dan selepas 19 bulan PH berkuasa?” soal Najib.

Ketika dihubungi, peguam Azilah, Hazman Ahmad memberitahu FMT bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa peranan dalam penyediaan akuan berkanun (SD) yang dipetik oleh Malaysiakini dengan berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah “2 atau 3 tahun lepas”.

Azilah dan Sirul merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis ketika ditangkap kerana membunuh Altantuya, wanita warga Mongolia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Abdul Razak Baginda.

Kes pembunuhan ini turut dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis pada 2002 dan suapan yang diterima oleh Razak, yang merupakan pembantu Najib, iaitu menteri pertahanan ketika itu.

Dalam perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa beliau (Altantuya) dibunuh di kawasan hutan di Shah Alam pada 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.


Razak didakwa bersubahat dengan 2 tertuduh, tetapi kemudiannya dilepaskan tanpa diperintah membela diri.

Dalam pada itu, Sirul kini ditahan di pusat tahanan imigresen Austarlia di Sydney sejak 3 tahun lepas.

Najib menyifatkan dakwaan terbaru terhadapnya itu sebagai perbuatan “orang terdesak” dengan menambah bahawa ia membantu usaha Pakatan Harapan (PH) untuk “mengalih perhatian orang ramai terhadap kegagalannya sendiri”.

“Sesiapa juga boleh membuat SD, terutama sekali jika dia memang akan menjalani hukuman mati,” katanya.

“Saya percaya ia adalah satu janji yang dibuat antara kerajaan PH dengan Azilah, dan sebagai balasan hukuman matinya (Azilah) diringankan atau ditangguhkan.

“Ia adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya,” katanya. – FMT

Kategori